Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.la.bi/] | سيلابيک

Definisi : (Lin) berkaitan dgn suku kata: lambang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silabik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
syllabicsilabikMuzikTiada

Cara nyanyian canta yang melibatkan nyanyian satu pic dengan satu suku kata. Silabik merupakan salah satu daripada ciri melodi canta Zaman Pertengahan. Lihat juga melisma, neumatik.

syllabicsilabikKesenianTiadaTiada
asyllabictak silabikLinguistikTiadaTiada
antiphonantifonMuzikTiada1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi.
stile familiarestile familiareMuzikTiada

Gaya karya pada abad ke-16 bagi empat lapisan suara se­perti tekstur him yang dinyanyikan secara silabik dan homoritma.

tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.
recitativeresitatifMuzikTiada

 Gaya vokal dalam opera atau oratorio. Resitatif berbeza dengan gaya nyanyian seperti aria dan ensembel. Nyanyian resitatif kedengaran seperti antara nyanyian dengan pertuturan, beritma bebas, tidak bermeter dan dinyanyikan secara silabik. Recitativo accompagnato atau recitativo stromentato ialah resitatif yang diiringi orkestra. Recitativo secco atau reci­tativo semplice ialah resitatif yang diiringi basso continuo.

trouveretrouvereMuzikTiada

Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Utara yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Sebanyak 2130 buah puisi dalam bahasa Perancis dan 1420 lagu oleh trouvere masih wujud. Lagu trouvere bertekstur monofoni dan digubah secara silabik. Bentuk baris ulang merupakan salah satu ciri utama lagu trouvere. Perrin D'Angicourt (sekitar tahun 1245 -1270), Thibaut IV, Roi de Navarre (sekitar tahun 1202-1253) dan Adam de la Halle (sekitar tahun 1250-1288) adalah antara trouvere utama.

troubadourtroubadourMuzikTiada

Ahli muzik dan penyajak dari Perancis Selatan yang popular pada abad ke-12 dan abad ke-13. Lebih kurang 2600 buah puisi dalam bahasa Provencal dan 260 buah lagu oleh trou­badour yang masih wujud. Lagu troubadour merupakan lagu monofoni yang digubah secara silabik dan melibatkan ornamentasi. Tema utama puisi dan lagu troubadour ialah cinta, politik dan isu moral. Bernart de Ventadorn (sekitar tahun 1150-1180), Marcabru (sekitar tahun 1127-1148) dan Guiraut Riquier (sekitar tahun 1230-1300) adalah antara trou­badour utama. Lihat juga trouvere.

 

 

 


Kembali ke atas