Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.lih] | سيليه

Definisi : = ~ ganti = ~ sambut saling berganti; ~ berganti berganti-ganti, bertukar-tukar; ~ mata sesuatu yg digunakan utk mata sahaja (memberi banyak mas kahwin yg kemudian­nya akan dikembalikan secara diam-diam dll); ~-semilih berturut-turut, ganti-berganti; bersilih 1. berubah menjadi ..., berganti, bertukar; ~ lapik berkahwin dgn sanak atau dgn saudara isteri yg telah meninggal, bersalin tikar; 2. = ~ ganti bergilir-giliran, berganti­-ganti; menyilih 1. memberi ganti (spt rugi dll), menggantikan, menukar; ~ rugi mengganti­kan kerugian (orang); 2. = ~ jadi bertukar menjadi; 3. bersalin kulit (ular dll); 4. Mn ark meminjam (wang dll); silihan benda yg digunakan utk mengganti; ~ perang ark ganti rugi perang, pampasan perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lih] | سيليه

Definisi : ; salah-~; ®salah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.lih] | سيليه

Definisi : , = ~ ganti (berganti, sambut) sering berganti atau sering bertukar; berganti-ganti. bersilih 1 bertukar dgn yg lain; berganti; berubah menjadi: Suka ~ dgn duka. 2 = ~ ganti berturut-turut bertukar dgn yg lain; bergilir-gilir: Susah dan senang, suka dan duka datang ~ ganti. menyilih memberikan ganti (ganti rugi dll); mengganti: ~ rugi mengganti kerugian orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silih
Kata Terbitan : bersilih, menyilih,

Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(11)