Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.bol] | سيمبول

Definisi : 1. sesuatu yg mewakili sesuatu yg lain, lambang, tanda: raja berketurunan tidak di­buang tetapi dijadikan kepala negara sbg ~ kenegaraan; 2. ark contoh: hiduplah dgn rukun dan damai supaya menjadi ~ kpd orang di dlm masyarakatmu; bersimbolkan menggunakan sesuatu sbg simbol, berlambangkan: garisan lurus yg bercerun positif, ~ x dan y. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.bol] | سيمبول

Definisi : sesuatu yg dijadikan tanda utk mengenal sesuatu dll; lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simbol (kata nama)
1. Bersinonim dengan lambang: tanda, logo ideograf, ideogram,

2. Bersinonim dengan contoh: ikutan, teladan, turutan.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk istilah-istilah dan simbol-simbol ini? 1. Parentheses: ( ). 2. Brackets: [ ]. 3. Braces: { }. 4. Chevrons: < >. Terima kasih.
  1. Tanda Kurung ( )
  2. Tanda Kurung Siku [ ]
  3. Tanda Kurung Dakap { }
  4. Kami mencadangkan chevrons ialah simbol siku keluang. Dalam bidang matematik, simbol > bermaksud lebih daripada manakala simbol < bermaksud kurang daripada. Penggunaan simbol bergantung pada konteks dan bidang yang digunakan.
Istilah03.08.2021
bagaimana kegunaan simbol transilasi dari bahasa arab ke bahasa melayuSimbol-simbol transliterasi hanya digunakan dalam buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi banyak menggunakan istilah daripada bahasa Arab. Tujuannya untuk mengeja bunyi sebutan Arab dengan betul.

Contoh simbol transliterasi dan panduan penggunaannya boleh dirujuk dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga m/s 142-148.

Lain-lain15.02.2008
saya mahukan simbol fonetik vokal Bahasa Melayu untu tugasan saya.Simbol fonetik bahasa Melayu boleh diperoleh dengan merujuk buku-buku tentang ilmu Linguistik. Untuk makluman saudara tidak semua komputer kami dibekalkan dengan kemudahan untuk menaip simbol-simbol berkenaan.Lain-lain22.06.2009
Saya memohon pihak DBP untuk menerangkan kaedah penggunaan 'di' dalam ayat dan... simbol berikut juga di dalam ayat: 1. / 2. : 3. : - 4. () dan [] serta {} adakah jarak antara ayat diperlukan dalam penggunaan simbol-simbol tersebut. Terima kasih.

'Di' sebagai awalan: digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga, misalnya diangkat, dibawa, dicuri, disimpan dsb.

'Di' sebagai  kata sendi mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i- 'di' sama golongan dengan kata sendi dari, daripada, pada, kepada dsb.

ii- Kesemuanya memerlukan objek. Objek pula hanya terbentuk daripada frasa nama yang menunjukkan tempat, dan arah, seperi di sekolah, di padang, dsb.

 1. /  - tidak perlu dijarakkan selepasnya

2. :   perlu dijarakkan selepasnya

 3. : - perlu dijarakkan selepasnya

4. () dan [] serta {}  - Tidak perlu dijarakkan.

 

Lain-lain21.05.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan simbol ' ; ' . Bagaimanakah ingin menggunakan simbol tersebut? Seringkali saya terlihat simbol ' ; ' digunakan dalam puisi dan cerpen.Mengikut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma bertitik digunakan untuk:
1. Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung "dan", "tetapi", "atau", "namun" dan "lalu".  Contohnya:  Membaca menambah ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.
2.  Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung "juga", "walau bagaimanapun", "malah", "di samping itu", "oleh yang demikian". "sesungguhnya" dan sebagainya.  Contoh: Harga barang di pasaran tidak turun; malah bertambah naik.
3.  Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat. Contoh:  Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang menghasilkan kembali analisis Za'ba, disesuaikan dalam buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.
4.  Memisahkan klausa yang bersiri, yang berlainan kategori seperti: Kepada mereka yang selamat, diucapkan syukur; kepada mereka yang cedera, diucapkan sabar; dan kepada keluarga mereka yang gugur, diucapkan takziah.
Lain-lain31.12.2016
Salam. Apakah tanda kata yang digunakan dalam tulisan Jawi? Khususnya bagi tanda kata Rumi ; dan ,. Saya melihat beberapa sumber termasuk Utusan Melayu menggunakan ⁏ dan ⹁ bagi koma bertindih dan koma, iaitu bentuk serupa dengan Rumi namun diterbalikkan. Namun terdapat juga sumber yang menggunakan tanda kata Arab iaitu ؛ dan ،. Adakah simbol-simbol seperti & boleh diterima pakai dalam tulisan Jawi? Dan adakah simbol RM bagi maksud Ringgit Malaysia dikekalkan sebegitu dalam tulisan Jawi, atau boleh digantikan dengan "ر.م." atau "رم"? Terima kasih.Penggunaan tanda baca dalam teks Jawi sama seperti teks Rumi dan diterbalikkan seperti yang diamalkan oleh Utusan Melayu kerana Rumi dan Jawi ialah teks bahasa Melayu hanya berbeza pada jenis tulisan. Dalam teks Jawi penulisan mata wang dikekalkan, contoh RM10.Lain-lain09.12.2021
Adakah etimologi bagi kata "trengkas" adalah daripada "tulisan ringkas"?Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2404) merakamkan maksud bagi trengkas adalah seperti yang berikut:

trengkas kata nama
cara atau kaedah menulis dengan cepat dengan menggunakan singkatan atau simbol-simbol tertentu.

Daripada pangkalan data kami, tiada kajian/catatan tentang asal usul kata (etimologi) yang menyatakan kata trengkas daripada "tulisan ringkas".
Lain-lain16.01.2024
Simbol < dan > dikenali sebagai "strict inequality" dalam Matematik. Apakah istilah yang sesuai bagi 'strict inequality' dalam bahasa Melayu?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "strict inequality' dalam pangkalan data kami. Istilah "inequality" terdapat dalam bidang Matematik, dan padanan bahasa Melayunya ialah ketaksamaan.Istilah01.07.2013
Adakah penggunaan simbol '&' dibenarkan untuk menggantikan 'dan' dalam penggunaan media iklan seperti bunting dan banner. Contoh: 20 & 21 April 2013 ( Sabtu & Ahad)Kami tidak menerima simbol & dalam iklan. Simbol & perlu dieja penuh iaitu dan.Tatabahasa15.04.2013
Penggunaan kata pemeri. Adakah simbol atau ialah simbol?

Soalan yang pihak tuan/puan ajukan tidak berapa jelas, walau bagaimanapun, menurut buku Tatabahasa Dewan kata pemeri ialah unsur  yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek  dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara , iaitu dengan penggunaan perkataan ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan, iaitu bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa nama, manakala kata pemeri adalah bagi menunjukkan huraian atau keterangan bagi ayat yang berpola frasa nama dengan frasa adjektif, dan frasa nama dengan frasa sendi nama.

Tatabahasa08.05.2018
12345678910...

Kembali ke atas