Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.mi.lé] | سيميلي

Definisi : (similé) perumpamaan yg secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persama­an antara sesuatu (orang, benda, dsb) dan yg lain, mis bodoh macam lembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simile


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epic similesimile epikKesusasteraanTiadaSusunan simile panjang yang terdapat dalam karya epik. Simile epik berperanan sebagai suatu cara pencerita atau pengarang membuat perbandingan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan menarik. Perbandingan dibuat biasanya merujuk kepada perkara yang terdapat di dalam dan di luar karya epik, khususnya yang berkaitan dengan peristiwa, sejarah, amalan atau tatacara hidup masyarakat yang telah diketahui umum. Sinonim simile homerik.
similesimileKesusasteraanTiadaBahasa kiasan yang membandingkan ciri utama sesuatu objek dengan ciri utama objek lain. Biasanya simile menggunakan kata bandingan seperti, bagai, macam atau umpama. Contohnya, putih seperti kapas. Simile berasal daripada perkataan Latin similis yang bermaksud �seperti�.
homeric similesimile homerikKesusasteraanTiadaLihat simile epik.
similesimileMuzikTiada

 Arahan kepada pemuzik untuk mengekalkan gaya yang sama dari awal hingga akhir persembahan. Sinonim sim.

similekiasanKesusasteraanTiadaTamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempuyai sifat dan nilai yang sama, misalnya 'merdu bagai buluh perindu', 'garang seperti harimau' dan sebagainya.
similekiasanLinguistikTiadaTiada
similekiasanPendidikanTiadaTiada
similekiasanSejarahTiadaTiada
similesimiliKesusasteraanPuisiLihat perbandingan.
simileperbandinganKesusasteraanPuisiGaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Ini kerana perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu, iaitu bagai, seperti, bak, laksana dan umpama. Contohnya, 'halus bagai jari-jari perawan' petikan daripada puisi "Pantaiku" karya Shamsuddin Jaafar. Sinonim simili.
12

Kembali ke atas