Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pan] | سيمڤن

Definisi : 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ring­kas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg se­lamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ se­banyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekal­kan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta me­nambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati ter­hadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mem­punyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. me­nyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pan] | سيمڤن

Definisi : ; ~ kira tatabuku. menyimpan 1 menaruh sesuatu di tempat yg selamat supaya tidak hilang dsb: Dia ~ kain bajunya di dlm almari. 2 mengemaskan sesuatu supaya tersusun atau teratur semula: Selepas puas bermain, Adli ~ barang-barang permainannya. 3 meme­gang (rahsia dsb) teguh-teguh; merahsiakan: Dia memang tidak dpt ~ rahsia. ~ hati memendam atau menaruh rasa suka, cinta dsb terhadap seseorang secara diam-diam. menyimpankan menyimpan utk: Tiap-tiap bulan, dia ~ anaknya wang sebanyak RM50/-. simpanan 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~. 3 apa-apa yg di­simpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. penyimpanan perbuatan atau hal menyimpan. penyimpan orang yg menyimpan: Para ~ akan diberi cenderamata. ~ kira-kira orang yg mengurus atau yg bertanggungjawab terhadap sesuatu akaun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Puisi
 

Kalau ada jarum patah,
     Jangan simpan dalam peti;
Kalau ada silap salah,
     Jangan simpan dalam hati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Pandai makan tak pandai simpan.

Bermaksud :

Tak pandai menyimpan rahsia. (Bandingkan dengan: Kalau pandai makan, pandai simpan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
simpan kiratatabuku.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simpan sebagai(save as)Tindakan menyimpan fail yang sedang digunakan dengan nama dan sifat fail tertentu yang lain daripada nama asalnya.Kamus Komputer
simpan(save)Tindakan menyimpan kandungan fail yang sedang digunakan ke dalam ingatan kekal untuk mengelakkan sebarang kejadian bencana berlaku pada kandungan baru fail sebelum sempat disimpan.Kamus Komputer
simpan; ~ kirapenyimpan orang yg menyimpan: ~ kira-kira.Kamus Pelajar
simpan; ~ kirapenyimpanan perbuatan atau hal menyimpan.Kamus Pelajar
simpan; ~ kira3 apa-apa yg disimpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~.Kamus Pelajar
simpan; ~ kira2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~.Kamus Pelajar
simpan; ~ kira1 apa-apa yg disimpan: wang ~.Kamus Pelajar
simpan; ~ kira simpananKamus Pelajar
simpan; ~ kiramenyimpankan menyimpan utk: Tiap-tiap bulan dia ~ anaknya wang sebanyak RM50/-.Kamus Pelajar
1234567

Kembali ke atas