Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pa.nan] | سيمڤنن

Definisi : 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pa.nan] | سيمڤنن

Definisi : 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~. 3 apa-apa yg di­simpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank.Tatabahasa15.07.2013
Saya ingin bertanya. Apa beza maksud dan frasa berikut? 1) Wang simpanan 2) Simpanan wang Mohon pencerahan.
Penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. 
Tatabahasa05.12.2020
depot simpanan senjata atau depoh simpanan senjata? yang mana satu tepat?Penggunaan yang betul ialah 'Depot Simpanan Senjata'.Tatabahasa28.03.2011
1. minyak bijan/minyak bijian? 2. menambah simpanan wang/menambah wang simpanan? Terima kasih DBP kerana sering membantu.
1. Ejaan yang tepat ialah Minyak Bijan 
2. Cadangan penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. 

Untuk memudahkan puan membuat rujukan, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu  Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM (dbp.gov.my).PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah semasa, peribahasa dan sebagainya.

Ejaan26.10.2021
Tuan?puan, Saya ingin bertanya satu soalan. Adakah soalan di bawah ini betul dari segi tatabahasanya? "Apa Simpanan Asas?" ataupun "Apakah Simpanan Asas?". Sekian terima kasihAyat yang gramatis ialah Apakah maksud Simpanan Asas?Tatabahasa01.08.2012
STOR SIMPANAN BARANGAN ATAU STOR PENYIMPANAN BARANGANPerkataan "STOR" sahaja sudah memadai kerana "stor" bermaksud tempat menyimpan barang. Istilah11.02.2015
Hutan simpanan @ hutan simpan yang mana betul?Istilah bahasa Melayu yang betul ialah hutan simpan.Istilah07.05.2012
Pegawai bank itu mengatakan simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan? Adakah ayat ini betul ? Adakah perkataan mengatakan mesti disambung dengan perkataan bahawa? COntoh : pegawai itu mengatakan bahawa simpanan ialah menyimpan wang di bank.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah "Pegawai bank itu menerangkan bahawa simpanan ialah pendapatan yang diasingkan untuk kegunaan pada masa depan"
Tatabahasa09.11.2016
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang buku-buku teks sekolah rendah yang ada dalam simpanan DBP dari tahun 1945 hingga sekarang? Sekiranya ada dalam simpanan, sy ingin bertanya bagaimana cara untuk mendapatkannya? Ini kerana saya merancang ingin mengadakan galeri buku teks di sekolah sy. Terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk bertanyakan tentang perkara tersebut. Tuan juga boleh berbincang dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dengan Pustakawan DBP. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.
Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku dan soalan ini memakan masa yang lama untuk dijawab oleh pihak kami.
Lain-lain31.07.2012
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUAKedua-duanya boleh digunakan.  "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ.Makna20.08.2014
123456789

Kembali ke atas