Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pa.nan] | سيمڤنن

Definisi : 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg di­simpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pa.nan] | سيمڤنن

Definisi : 1 apa-apa yg disimpan: wang ~. 2 tempat menyimpan: Kain bajunya habis rosak dlm ~. 3 apa-apa yg di­simpan dan digunakan hanya apabila perlu: pemain ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,

Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

(KWSP) ialah badan berkanun dan tabung amanah

yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja 1951. KWSP ditubuhkan pada

1 Oktober 1951 dengan tujuan untuk menyediakan

badan yang menjaga kebajikan sosial ahlinya

melalui Skim Simpanan Wajib.

UMUM 
SYARIKAT PEMBINAAN

Syarikat pembinaan ialah bank simpanan khas.

Fungsi utama syarikat pembinaan ialah

menggalakkan simpanan daripada orang awam, dan

meminjamkan simpanan itu kepada individu yang

hendak membeli rumah sendiri. Pinjaman ini dibuat

mengikut perjanjian undang-undang yang dikenali

sebagai gadai janji. Gadai janji biasanya dibayar balik

dalam jangka masa yang panjang selama 20 atau 25

tahun.

UMUM 
SILO

Silo ialah tong simpanan untuk tumbuhan hijau yang

dicencang yang digunakan sebagai makanan haiwan

ternakan. Silo membolehkan peladang membekalkan

makanan yang berjus, sedap kepada haiwan ternakan

sepanjang tahun. Sebelum silo direka, lembu

menghasilkan kurang susu pada musim sejuk kerana

tiada rumput hijau untuk dimakan.

UMUM 
EKSPLORASI PETROLEUMKegiatan dalam usaha penemuan dan penambahan simpanan petroleum yang baru. Umumnya, usaha eksplorasi merupakan kegiatan penting atau nadi dalam industri …Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
HAK PENGELUARAN KHAS

Hak pengeluaran khas ialah aset simpanan

yang dimasukkan ke dalam buku kira-kira Tabung

Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai kredit

untuk negara-negara anggota

UMUM 
EMPANGAN WYANGALA

Empangan Wyangala, membekalkan kolam

air simpanan di Sungai Lachlan dekat Cowra

di tengah selatan New South Wales, Australia.

UMUM 
DAPATAN SEMULA MAKLUMAT

Dapatan semula maklumat ialah sistem

untuk mencari fakta dalam kawasan simpanan

maklumat pusat. Bentuk-bentuk mudah dapatan

semula maklumat termasuklah mencari bahan

fakta dalam buku ensiklopedia dan mencari

makna perkataan dalam kamus

UMUM 
ROMA

Roma (pend. 6220) ialah sebuah bandar di

selatan Queensland, Australia, yang terkenal

dengan simpanan gas aslinya.

UMUM 
MENCARI GALI

Mencari gali bererti mencari mendapan mineral

yang berharga. Pencari gali telah menjumpai

simpanan batu arang, petroleum, uranium dan

bahan-bahan bakar lain, yang amat penting kepada

industri. Mereka juga telah menjumpai longgokan

kuprum, berlian, emas, besi dan beberapa mineral

penting yang lain.

UMUM 
MAGAZIN

Magazin ialah istilah ketenteraan dan angkatan

laut bagi bangunan yang dilindungi ataupun bilik

simpanan senjata. Istilah ini, berasal daripada

perkataan Arab yang bererti rumah stor. Lelopak

peluru untuk senapang yang boleh menembak

secara berulang-ulang, atau mesingan juga

dinamakan magazin.

UMUM 
123

Kembali ke atas