Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya. Apa beza maksud dan frasa berikut? 1) Wang simpanan 2) Simpanan wang Mohon pencerahan.
Penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. 
Tatabahasa05.12.2020
1. menabung di dalam bank / menabung di bank / menabung dalam bank 2. simpanan di dalam bank / simpanan di bank / simpanan dalam bank Yang manakah di atas adalah betul? Terima kasih.Frasa yang tepat ialah menabung di bank dan simpanan di bank.Tatabahasa15.07.2013
1. minyak bijan/minyak bijian? 2. menambah simpanan wang/menambah wang simpanan? Terima kasih DBP kerana sering membantu.
1. Ejaan yang tepat ialah Minyak Bijan 
2. Cadangan penggunaan yang betul ialah wang simpanan, iaitu bermaksud wang yang disimpan untuk masa depan. 

Untuk memudahkan puan membuat rujukan, puan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu  Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM (dbp.gov.my).PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah semasa, peribahasa dan sebagainya.

Ejaan26.10.2021
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUAKedua-duanya boleh digunakan.  "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ.Makna20.08.2014
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200.Ayat pertama dan kedua betul.

Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat.
1. Apatah nasib keluarga Muksin?
2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200.
Tatabahasa10.07.2013
1. Adakah ayat-ayat ini betul: i) Setiap pekerja perlu memastikan bahawa majikan membuat caruman pendapatan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. ii) Pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak sekolah kami. iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. 2. Ayat mana satu yang betul: i) Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya. ii) Sedangkan Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, apatah lagi adiknya.

Ayat  i dan ii betul.

Ayat (iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa, kurang tepat kerana kata pemeri “adalah” tidak boleh hadir di hadapan prasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Ayat  “Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya” perlu diedit seperti yang berikut “Bukan Yasmin sahaja tidak termakan gulai yang pedas itu, malahan adiknya.”

Tatabahasa29.10.2020
1. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian, ulasan dan sebagainya yang berkaitan tentang syair bidasari ini? 2.Sejauh simpanan maklumat DBP, berapa banyakkah kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana terhadap syair bidasari?Untuk makluman saudara, berhubung dengan kajian-kajian ilmiah atau tajuk-tajuk kajian tentan Syair Bidasari , dicadangkan supaya saudara menghubungi Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya atau Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM,Bangi. Berdasarkan maklumat yang ada Syair Bidasari telah dikaji oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad, seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1089. Prof.Madya Hashim Ismail, seorang pensyarah dari Universiti Malaya juga membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme Yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair. Buku ini diterbitkan oleh DBP pada tahun 2005.Lain-lain28.07.2010
Adakah buku ini ada dalam stock/simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Buku: Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah Penulis: Hussein MahmoodSekiranya anda telah mendaftar menjadi ahli Rakan Dewan, anda boleh merujuk buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah Hussein Mahmood Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1993. 371.20709595 HusLain-lain17.06.2007
apakah yang di maksudkan dengan 'konglomerate'?

Maklumat yang dipohon tiada dalam simpanan kami, namun demikian, bagi membantu saudara, ejaan yang pihak kami peroleh ialah "konglomerat". Menurut Kamus Dewan, Konglomerat mempunyai beberapa takrifan.

takrifan pertama (1) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat;

2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian.

Mohon agar saudara dapat memberi maklumat lanjut berkaitan bahan carian agar pihak kami dapat membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Makna02.01.2008
Selamat Sejahtera, saya ingin meminta jasa baik pihak DBP jika ada menyimpan rekod kelulusan untuk papan iklan syarikat Study Germany Sdn. Bhd. (1285998A) Hal ini kerana kesilapan pihak kami kehilangan rekod simpanan kelulusan dari DBP,pihak kami ingin memperbaharui lesen pejabat urusan. Wakil pihak kami ada ke pejabat DBP tahun ini pada bulan April untuk mendapatkan kelulusan meletakkan papan iklan. Jenis papan iklan kami : 1.) Menganjur/tak bersinar 1 muka 2.) Menganjur/tak bersinar 2 muka 3.) Melintang/bersinar Kami amat berterima kasih jika pihak DBP dapat memberikan jawapan dengan kadar yang segera. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan pihak puan membuat permohonan semula  dan Untuk pengesahan segera, puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur.  Puan perlu membawa 2 atau lebih  salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. .Pihak kami sukar menyemak data iklan  tanpa maklumat lengkap seperti tarikh, no. permohonan, alamat  pemohon dan sebagainya kerana data iklan terlalu banyak. Lain-lain07.10.2019
123

Kembali ke atas