Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
simpan
Kata Terbitan : menyimpan, tersimpan, simpanan, penyimpan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992. Boleh bantu saya ?Salam tuan budiman,

Buku Terbitan DBP

Berdasarkan semakan buku tersebut dengan Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP. Dimaklumkan bahawa, buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992, sudah tiada dalam stok di kedai buku DBP. Buat masa ini juga, tiada cetak ulang bagi buku tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan rujukan dan pinjaman, buku tersebut boleh diperoleh dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP di Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Salman bin Zainol melalui talian telefon 03-2147 9637.

Bersama-sama ini disertakan maklumat kedudukan simpanan buku tersebut dalam sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih.


Lain-lain26.10.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff

Salam sejahtera.

Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela

Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul  tersebut  ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin  membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama.
Lain-lain05.08.2021

Kembali ke atas