Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan (sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu; ~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang jalan; ~-perenang porak-peranda; bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll), berbeza (pendapat dll); bersimpangan bertemu tetapi masing-ma­sing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, me­nyesatkan; simpangan (jalan, sungai, dll) yg me­nyimpang, cabang kpd sesuatu (jalan, sungai, dll) yg lebih besar; persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang: kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya; penyimpangan perihal (perbuatan dsb) me­nyimpang (drpd sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : pangi menyilangi yg lain (bkn jalan): Jalan itu ~ jalan ke rumahnya. me­nyimpangkan menjadikan menyimpang: Fikiran be­gitu akan ~ mereka dr ajaran yg benar. persimpangan tempat jalan bersimpang: Aku bertemu dgn dia di ~ jalan masuk tadi. penyimpangan perbuatan, perihal dsb menyimpang, menyimpangi atau menyimpangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : tempat jalan atau tempat su­ngai bercabang atau berpisah dr yg asal: Berjam-jam lamanya saya menunggu bas di ~ empat itu. bersimpang berpecah atau berbelah menjadi bercabang: jalan ~ dua. ~-siur a. bergerak ke sana ke mari dgn sibuknya (bkn kenderaan di jalan raya dsb). b. silang-menyilang kerana terlalu banyak (bkn jalan raya, kawat telefon dsb). bersimpangan 1 banyak simpang (bkn jalan). 2 bersilang jalan. menyimpang 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. menyim- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,

Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penentuan tatanama geografi yang mengekalkan ejaan `Ch' seperti Cheras, Puchong, Cherating dll rasanya wajar; tetapi rasanya tolak ansur ini tidak boleh diberikan kepada ejaan `Simpang Ampat', `Simpang Anam' dan `Padang Lallang' yang sah nampak gaya sebutan kecinaan. Bagaimanapun ini hanya sekadar pandangan. Terpulang kepada DBP yang menentukan.Tuan yang dihormati.

Penentuan nama tempat bukan ditentukan oleh pihak DBP, sebaliknya pihak berkuasa tempatan yang menentukan nama setempat atas beberapa pertimbangan masing-masing. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, nama-nama tempat sebelum tahun 1972 dikekalkan ejaan asal dan nama-nama tempat selepas tahun 1972 perlu dieja dengan struktur ejaan rasmi bahasa Melayu.
Lain-lain14.11.2017
Salam tuan. Mohon tuan berikan ayat contoh mudah bagi perkataan simpang-perenang.Kehidupan Hasan menjadi simpang-perenang sejak diberhentikan kerja.Tatabahasa25.07.2015
Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya.Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam.Tatabahasa29.02.2012
MINTA TOLONG SEMAK EJAAN DAN PERKATAAN IKLAN TERSEBUT BAGI PERMOHONAN IKLAN SEMENTARA DI MAJLIS PERBANDARAN SIMPANG RENGGAMSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web DBP Sah Bahasa (www.dbpsahbahasa.my). Lain-lain13.06.2022
saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP)Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu.Lain-lain15.12.2014
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih)Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
Tatabahasa09.09.2016
Pemuda itu selalu memandu kereta__________ tanpa memikirkan keselamatan orang lain. A huyung-hayang B kelam-kabut C gundah-gulana D simpang-siur

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang sesuai adalah kelam kabut merujuk kepada kelakuan seseorang yang tengah memandu kenderaan. Namun terdapat sedikit pembetulan menerusi ayat di atas iaitu, 'Pemuda itu selalu memandu kereta dalam keadaan kelam kabut tanpa memikirkan keselamatan orang lain'.


Untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan makna keempat-empat perkataan tersebut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka
http://prpm.dbp.gov.my/

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa23.08.2012
Institusi saya akan mengadakan satu program pada 30 september 2018. Oleh itu saya ingin merujuk tentang nama program yang di cadangkan adakah sesuai penggunaan perkataan yang di cadangkan. Nama program adalah "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA-SAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM" . Adakah perkataan bersama-sama sesuai digunakan? Saya mohon bantuan.Cadangan nama program yang dikemukakan betul penggunaannya dari segi tatabahasa. Tuan juga boleh menggunakan cadangan yang berikut: "KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOMUNITI SIMPANG RENGGAM".Tatabahasa12.09.2018
Saya memang jelas prinsip asas penggunaan kata sendi nama `di’ dan pada serta ‘dari’ dan `daripada’. Bagaimanapun saya ingin kepastian, manakah yang betul bagi ayat-ayat ini. . “Di awal atau pada awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat dari atau daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal dari atau daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Saya sering menulis beberapa artikel untuk Majalah Dewan Budaya. Bila menulis nama tempat, apakah formula rasmi yang patut saya ikuti. Ini terutama nama-nama lama dalam ejaan lama (asal); apakah perlu dieja dengan ejaan asal atau menggunakan ejaan baharu. Contohnya, Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dll. Bagaimana pula dengan ejaan asal yang terikut-ikut dengan gaya ejaan barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor. Mohon tuan berikan penjelasan bagi memudahkan penulisan saya agar tidak melakukan kesilapan bahasa.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.“ Pada bahagian awal bab buku ini, penulis …

2. “Petikan beberapa ayat daripada al-Quran”.

3. “Maklumat awal daripada beberapa jabatan kerajaan …”

4. Nama-nama lama dalam ejaan lama (asal) dikekalkan dengan ejaan asal seperti Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dan lain-lain.  Begitu juga ejaan asal dari barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor juga dikekalkan sehingga kini.

Tatabahasa10.12.2018
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda, apakah usaha atau langkah yang telah dan akan diambil oleh DBP penggunaan nama "Central Spine Road", iaitu merujuk kepada sebatang lebuh raya tanpa tol yang sedang dibina dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan? Ucapan pembentangan belanjawan negara juga menyebut nama dalam bahasa Inggeris. Jadi, bolehkah DBP memberi syor kepada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya supaya digunakan istilah/nama lebuh raya ini dalam bahasa Melayu?
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.

Untuk makluman tuan, DBP akan melaksanakan kerja pemantauan tentang aduan ini dan membuat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Terima kasih.
Lain-lain12.11.2020
12

Kembali ke atas