Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan (sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu; ~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang jalan; ~-perenang porak-peranda; bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll), berbeza (pendapat dll); bersimpangan bertemu tetapi masing-ma­sing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, me­nyesatkan; simpangan (jalan, sungai, dll) yg me­nyimpang, cabang kpd sesuatu (jalan, sungai, dll) yg lebih besar; persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang: kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya; penyimpangan perihal (perbuatan dsb) me­nyimpang (drpd sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : pangi menyilangi yg lain (bkn jalan): Jalan itu ~ jalan ke rumahnya. me­nyimpangkan menjadikan menyimpang: Fikiran be­gitu akan ~ mereka dr ajaran yg benar. persimpangan tempat jalan bersimpang: Aku bertemu dgn dia di ~ jalan masuk tadi. penyimpangan perbuatan, perihal dsb menyimpang, menyimpangi atau menyimpangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sim.pang] | سيمڤڠ

Definisi : tempat jalan atau tempat su­ngai bercabang atau berpisah dr yg asal: Berjam-jam lamanya saya menunggu bas di ~ empat itu. bersimpang berpecah atau berbelah menjadi bercabang: jalan ~ dua. ~-siur a. bergerak ke sana ke mari dgn sibuknya (bkn kenderaan di jalan raya dsb). b. silang-menyilang kerana terlalu banyak (bkn jalan raya, kawat telefon dsb). bersimpangan 1 banyak simpang (bkn jalan). 2 bersilang jalan. menyimpang 1 melencong dr arah yg mula-mula; membelok ke arah lain: Kalau tidak ~, tentulah aku berlanggar dgn beca itu tadi. 2 tidak menurut apa-apa yg sepatutnya; menyeleweng dr yg sebenarnya: Kami tidak pernah ~ dr ajaran Nabi Besar kita. menyim- (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
simpang (kata nama)
Bersinonim dengan cabang, cagak, canggah;,
Kata Terbitan : bersimpang, menyimpang, menyimpangkan, persimpangan, penyimpangan,

Puisi
 

Simpang Empat sampai ke Bintung,
     Jalan melintas Utan Aji;
Kalau dapat memanglah untung,
     Kalau terlepas gigit jari.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grown junctionsimpang tumbuhFizikModenSimpang yang dihasilkan dengan mengubah jenis dan amaun bendasing penderma dan penerima yang ditambah semasa pertumbuhan hablur semikonduktor daripada leburan.
junctionsimpang; sambung; pertemuan; cawangKejuruteraanTiada2. Simpang: Titik persilangan bagi jalan atau lebuh raya, terutamanya apabila satu daripadanya tamat.,3. Sambungan di antara dua atau lebih pengalir atau dua atau lebih bahagian talian penghantaran,.,5. Kawasan perantaraan di antara bahan semipengalir jenis-p dan jenis-n. 6. Antara muka optik.
T junctionssimpang-TKejuruteraan AutomotifTiadaSimpang yang berbentuk T.
scissor junctionsimpang guntingKejuruteraan AutomotifTiadaSimpang jalan yang terhasil daripada persilangan dua jalan yang menyerupai bentuk gunting.
neuromuscular junctionsimpang neuro ototBiologiFisiologiSimpang plat hujung dan otot sebagai satu unit fungsi.
cascade junctionsimpang lataFizikModenDua simpang semikonduktor pn yang disambung secara lata.
myoneural junctionsimpang mioneuronBiologiHistologi dan SitologiSimpang antara otot dengan saraf, iaitu sistem saraf yang berakhir di dalam otot.
at-grade junctionsimpang searasKejuruteraan AutomotifTiadaSimpang jalan yang mempunyai aras yang sama.
junction diodediod simpangTeknikElektrikDiod separa pengalir yang mempunyai simpang pn. Diod ini hanya membenarkan satu arah aliran arus sahaja mengalir melaluinya, iaitu apabila anod menerima keupayaan positif dan katod menerima keupayaan negatif.
accordant valley junctionsimpang lurah searasGeografiTiadaDua batang sungai yang simpang lurahnya berada pada aras yang sama.
12345678910...

Kembali ke atas