Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[simp.tom] | سيمڤتوم

Definisi : bp gejala penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata simptom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidepressantantidepresanFarmasiTiadaAgen yang digunakan untuk melegakan simptom-simptom kemurungan. Agen ini digunakan untuk merawat gangguan psikiatri seperti depresi major dan gangguan keresahan jiwa. Kelas agen ini termasuklah antidepresan trisiklik. dan tetrasiklik., perencat oksidase monoamina, perencat pengambilan semula serotonin selektif (SSRl), perencat pengambilan semula serotonin dan noradrenalina (SNRI), serta antidepresan noradrenalina dan serotoninergik spesifik (NaSSA). Kebanyakan agen antidepresan mempunyai masa mula tindakan tertangguh (2-6 minggu) dan diambil selama beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun.Sinonim antimurung.
negative symptomsimptom negatifPsikologiPsikologi UmumSimptom yang ditunjukkan melalui kehilangan sifat normal manusia yang dicirikan sebagai kehilangan emosi, lemah dalam pertuturan, kegagalan untuk merasai keseronokan dan kekurangan motivasi. Contohnya, simptom pada penghidap skizofrenia biasanya akan memperlihatkan defisit dalam interaksi sosial, ekspresi emosi dan pertuturan. Simptom ini boleh stabil dalam jangka waktu tertentu tetapi tidak responsif dengan penggunaan kebanyakan ubat atau terapi.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untuk membunuh diri.
chlorosisklorosisBotaniTiadaSimptom pada daun yang terjadi akibat kekurangan klorofil. Daun akan menunjukkan simptom kekuningan di celah-celah urat dan hujung daun. Penyahhijauan sel daun ini biasanya berlaku apabila tanaman tidak memperoleh unsur nutrien yang cukup seperti nitrogen, magnesium atau ferum.
phenotypic symptomssimptom fenotipPertanianAgroteknologiCiri-ciri yang boleh dilihat pada sesuatu organisma hasil daripada kesan baka organisma tersebut dan pengaruh faktor persekitaran, serta interaksi antara kedua-duanya. Simptom fenotip boleh berubah sekiranya keadaan persekitaran berubah. Contohnya, saiz sesuatu tumbuhan akan berbeza mengikut keadaan persekitaran seperti jumlah bekalan air, baja dan cuaca. Walau bagaimanapun, ciri seperti warna bunga tidak akan berubah kerana ia dipengaruhi oleh faktor genotip (baka) dan sangat sedikit dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
long-COVID-19 symptomsimptom COVID-19 berpanjanganKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
general adaptation syndromsindrom adaptasi umumPsikologiPsikologi UmumSatu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya dapat berdaya tindak terhadap punca stres yang dialami, namun rintangan terhadap punca stres yang lain akan berkurangan. Contohnya, haiwan boleh mengatasi masalah kesejukan yang melampau tetapi kemampuannya untuk melawan serangan penyakit akan menjadi lemah. Pada peringkat inilah wujudnya tanda awal kelesuan. Pada peringkat kelesuan, sumber-sumber yang ada akan kehabisan dan hormon-hormon stres menjadi kontang. Individu yang terlibat berkemungkinan besar akan mengalami penyakit psikosomatik, kesihatan yang terganggu dengan teruk atau boleh membawa maut.
infectionjangkitanVeterinarTiadaSerangan mikroorganisma penyebab penyakit (parasit) terhadap sebarang organisma hidup iaitu perumah. Parasit ini menetap, membiak dan menyebabkan pelbagai simptom pada perumah. Serangan boleh berlaku melalui luka atau membran mukosa yang melapisi saluran pencernaan, pernafasan atau pembiakan. Antara simptom yang dapat dilihat ialah demam, lemah, tiada selera makan, kurus, anemia dan resah. Rawatan dengan menggunakan drug berkesan untuk mengawal jangkitan bakteria, kulat dan protozoa.
symptomsimptomVeterinarTiadaTiada
chronic symptomsimptom kronikPerhutananTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas