Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.nar] | سينر

Definisi : pancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~ matahari; ~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~ beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama (Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron, dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata; ~-semi­nar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar; bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ mene­rangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; bersinar-sinar memancarkan sinar yg gi­lang-gemilang, memancar-mancar, sinar-­seminar: lampu yg ~ bergemerlapan meng­hiasi malam; menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; menyinarkan memancarkan (mengham­burkan) sinar: matahari telah pun ~ cahaya­nya; sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari; penyinar ki yg memberikan harapan, se­mangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pem­bimbing, teman dan ~ hidupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.nar] | سينر

Definisi : , = sinaran pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. bersinar mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. bersinar-sinar me­ngeluarkan cahaya atau sinar yg gilang-gemilang; memancar-mancar cahayanya: Tiba-tiba terlihat oleh baginda cahaya hijau ~. menyinari memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. menyinarkan memancarkan atau meng­hamburkan si­nar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. penyinaran perihal, proses dsb menyinari atau menyinarkan. penyi­nar orang yg memberikan harapan atau semangat, atau yg mendatangkan keceriaan kpd seseorang atau sesuatu pihak: Anak gadisnyalah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,

Puisi
 

Lang Buana mengait ciku,
     Gugur sebiji ke Majapahit;
Hilang warna manikam biru,
     Terkena sinar intan yang baik.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ray 1 n 1. beam of heat or light, sinar: the ~s of the sun, sinar matahari; ultra-violet ~s, sinar ultralembayung; 2. trace, tipis: there is still a ~ of hope for them, masih ada harapan tipis bagi mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shine2. (lit. & fig.) glow, be luminous, bersinar(-sinar), bercahaya(-cahaya); (of faces) berseri(-seri), bercahaya-cahaya: polishing will make the silver ~, kalau digilap perak itu akan bersinar-sinar; her eyes were shining with happiness, matanya bersinar-sinar kegembiraan; the children’s faces shone with health, wajah kanak-kanak itu berseri-seri krn sihat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twinkle2. gleam, sparkle, bersinar(-sinar): his eyes ~d with amusement, matanya bersinar-sinar krn geli hati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
radiancen 1. vivid light, sinar(an): the ~ of the morning sun, sinar mentari pagi; 2. quality of being happy, healthy, etc, berseri-seri: the ~ of her smile, senyumannya yg berseri-seri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shiningadj bersinar-sinar; (of face) berseri-seri, bercahaya-cahaya: the trees and sky were reflected in the ~ water of the lake, pokok-pokok dan langit berbayang-bayang di dlm air tasik yg bersinar-sinar itu; the ~ faces of the school children, wajah murid-murid sekolah yg berseri-seri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonlightn 1. light of the moon, /cahaya, sinar(an)/ bulan: the room was full of ~, bilik itu disinari cahaya bulan; 2. (attrib) di bawah /cahaya, sinar(an)/ bulan: a ~ swim, berenang di bawah cahaya bulan; /by,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transparentadj 1. allowing light to pass through, (tech)lut sinar; (of cloth) jarang; (of water) jernih, hening, bening: this liquid should not be stored in containers made of glass or other ~ material, cecair ini janganlah disimpan dlm bekas yg dibuat drpd kaca atau bahan lut sinar yg lain; window curtains of thin, ~ material, langsir tingkap drpd kain yg nipis dan jarang; the water was so ~ that we could see right down to the bottom, airnya begitu jernih sekali hingga kami dapat melihat dasarnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
silver lining n sinar harapan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moonbeamn /cahaya, sinar(an)/ bulan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gamma raysn sinar gama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas