Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.nar] | سينر

Definisi : pancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~ matahari; ~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~ beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama (Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron, dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata; ~-semi­nar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar; bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ mene­rangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; bersinar-sinar memancarkan sinar yg gi­lang-gemilang, memancar-mancar, sinar-­seminar: lampu yg ~ bergemerlapan meng­hiasi malam; menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; menyinarkan memancarkan (mengham­burkan) sinar: matahari telah pun ~ cahaya­nya; sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari; penyinar ki yg memberikan harapan, se­mangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pem­bimbing, teman dan ~ hidupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.nar] | سينر

Definisi : , = sinaran pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. bersinar mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. bersinar-sinar me­ngeluarkan cahaya atau sinar yg gilang-gemilang; memancar-mancar cahayanya: Tiba-tiba terlihat oleh baginda cahaya hijau ~. menyinari memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. menyinarkan memancarkan atau meng­hamburkan si­nar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. penyinaran perihal, proses dsb menyinari atau menyinarkan. penyi­nar orang yg memberikan harapan atau semangat, atau yg mendatangkan keceriaan kpd seseorang atau sesuatu pihak: Anak gadisnyalah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,

Puisi
 

Lang Buana mengait ciku,
     Gugur sebiji ke Majapahit;
Hilang warna manikam biru,
     Terkena sinar intan yang baik.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hyperopiahiperopiaFizikOptikRabun dekat yang terjadi apabila sinar-sinar cahaya selari terfokus di belakang retina, dan bukannya pada retina itu sendiri.
radiationsinaran; penyinaranKejuruteraanTiadaSinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.,Penyinaran: Pemindahan tenaga melalui gelombang, seperti sinar inframerah atau gelombang cahaya.
radiationsinaran; penyinaranPentadbiran PerniagaanTiadaSinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.,Penyinaran: Pemindahan tenaga melalui gelombang, seperti sinar inframerah atau gelombang cahaya.
conical refractionbiasan kerucutFizikOptikBiasan yang berkaitan dengan sinar yang menuju kepada permukaan hablur dwipaksi pada arah tertentu dan terurai kepada sinar-sinar di sepanjang kerucut.
radiationsinaran; penyinaranGeografiTiadaSinaran: Tenaga dalam bentuk gelombang atau zarah seperti sinar gama, sinar-x, sinar ultraungu, cahaya biasa dan sinar inframerah.
Brewster anglesudut BrewsterKejuruteraanTiadaSudut antara permukaan bahan lut sinar dengan garis normal sinar tuju bagi menghasilkan sinar bias dan sinar pantul yang serenjang.
optical rangefinderpenentu julat optikFizikOptikAlat optik untuk mengukur jarak, biasanya dari kedudukan alat tersebut ke titik sasarannya dengan mengukur sudut antara sinar-sinar cahaya yang memasuki alat tersebut menerusi tingkap-tingkap yang berasingan dari sasarannya. Jarak di antara tingkap-tingkap tersebut merupakan jarak asas bagi alat ini.
cassettekasetKejuruteraanTiadaBekas yang lut sinar kepada sinar x tetapi tidak lut sinar kepada cahaya biasa.
Grenz raysinar GrenzFizikAtom dan NuklearSinar-X dengan jarak gelombang yang berada pada hujung spektrum sinar-X dengan julat dari 0.1 hingga 1nanometer. Sinar Grenz dihasilkan menggunakan tiub sinar-X yang khas yang beroperasi hanya pada voltan antara 5,000 hingga 15,000 volt.
extraordinary raysinar luar biasaFizikOptikSalah satu daripada dua sinar yang diperolehi dalam pembelahan sinar yang menuju ke hablur ekapaksi yang tak isotrop. Sinar ini tidak mematuhi hukum biasan dan pesongannya bergantung pada orientasi hablus. bd. sinar biasa.
12345678910...

Kembali ke atas