Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sindikét) 1. kumpulan orang yg bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram (spt menjual barang-barang secara haram, menyeludupkan sesuatu, dsb): ~ membuat wang palsu; 2. kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dll) yg bersatu utk melaksanakan sesuatu projek dsb secara bersama; 3. kumpulan atau persatuan yg menjalankan sesuatu usaha atau kegiatan utk kepentingan bersama anggota-anggotanya; bersindiket mempunyai (melibatkan, meng­gunakan, dsb) sindiket. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sindikét/ 1 kumpulan orang yg melakukan sesuatu kegiatan haram (spt mencetak wang palsu). 2 kumpulan orang perseorangan atau pertubuhan yg bergabung utk menjalankan sesuatu tugas atau tujuan. 3 gabungan pemodal utk membiayai sesuatu projek yg memerlukan modal yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sindiket


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "syndication" yang merujuk kepada "broadcast syndication". Broadcasting syndication is the license to broadcast television programs and radio programs by multiple television stations and radio stations, without going through a broadcast network. Terima kasihPadanan untuk perkataan syndication dalam bahasa Melayu ialah sindiket.
Salah satu definisi sindiket mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sindiket ialah kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama.

Broadcast syndication = Sindiket Penyiaran

Terima kasih.
Makna12.10.2017
fraud syndicatePadanan bahasa Melayu untuk "fraud syndicate" ialah sindiket penipuan.Istilah30.06.2016
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? Terima kasih. 1. Murid-murid yang ingin menimba ilmu haruslah banyak membaca bahan-bahan ilmiah secara konsisten. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. Adalah penggunaan dua kata ganda tidak tidak dibenarkan dalam satu ayat? 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja mengecat bangunan sekolah akan dimulakan pada cuti penggal yang akan datang. 3. Hujan yang turun lebat sejak pagi tadi kelihatan semakin reda pada petang ini. 4. Adik makan dengan seleranya sehingga perutnya kembung. 5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya ilmu tersebut bukan kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. 6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati. 7. Abang menjangkakan perniagaan itu akan bertambah maju dalam jangka masa pendek.

1. Ayat nombor 1 betul kerana dua kata ganda boleh digunakan dalam satu ayat.
2. Ayat nombor 2 betul
3. Ayat nombor 3 betul
4. Adik makan dengan berselera sehingga perutnya kembung.
5. Ilmu yang kita cari sekian lama akan berkurangan sekiranya tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.
6. Ketua sindiket itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim.
7. Ayat nombor 7 betul

Tatabahasa04.07.2021

Kembali ke atas