Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
port of calln 1. ( port ) pelabuhan singgah; 2. ( colloq) place briefly visited, tempat singgah: my last ~ was the post office, tempat singgah saya yg akhir ialah pejabat pos.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ at, singgah di: the ship ~ed at several ports, kapal itu singgah di beberapa buah pelabuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
call~ in at, singgah di: to ~ in at a friend’s place on the way home, singgah di rumah kawan dlm perjalanan pulang; ~ st off, a. cancel st, membatalkan sst: to ~ off a meeting, membatalkan mesyuarat; b. break off st, memutuskan sst: to ~ off the engagement, memutuskan pertunangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop ~ by, singgah di: please ~ by the chemist’s on your way home and get some aspirins, tolonglah singgah di kedai ubat dlm perjalanan pulang dan beli aspirin sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop 2. stay a while, singgah, berhenti: they ~ped at Malacca for lunch, mereka singgah di Melaka utk makan tengah hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
look~ into, a. (colloq) drop in, singgah di: I’ll ~ into the club on my way home and see if he’s there, saya akan singgah di kelab itu dlm perjalanan pulang dan tengok kalau-kalau dia ada di situ; b. (examine) mengkaji; (investigate) menyiasat: you’d better ~ more carefully into it, lebih baik kamu melihat perkara itu dgn lebih teliti; when the irregularities were brought to the attention of the Minister, he promised to ~ into it, apabila perkara-perkara yg tdk kena itu dikemukakan kpd Menteri, beliau berjanji akan menyiasatnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tarry12. stay at a place, singgah: we tarried for five days in Cairo. There was just so much to see, kami singgah selama lima hari di Kaherah. Banyak tempat utk dilawati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stop ~ in, a. make a halt on o’s way elsewhere, singgah: he ~ped in at his auntie’s on his way home, dia singgah di rumah mak ciknya dlm perjalanan pulang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transit visan visa singgah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transit loungen balai singgah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas