Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Saya ada kemusykilan: mana satu yang betul di antara "jangan lupa untuk singgah ke booth kami" atau "janagn lupa untuk singgah di booth kami".Salam Sejahtera. Dicadangkan, "Jangan Lupa Singgah di Reruai Kami".Penyemakan dan penterjemahan18.03.2019
Adakah "singgah" dan "minggu" ialah Digraf? "Pelbagai" ialah diftong atau konsonan bergabung? Terima kasih.Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Manakala diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi.

Singgah dan minggu merupakan digraf dan pelbagai merupakan diftong.
Tatabahasa09.02.2015
Adakah ayat berikut boleh diterima? Bapa singgah kereta untuk membeli airAyat tersebut salah.Tatabahasa17.10.2015
Salam, Apakah kata ganti nama ketiga bagi laksamana? Sebagai contoh, "Laksamana Hang Tuah pergi ke Makkah lalu _____ singgah di makam Siti Hawa." Adakah "beliau" atau "baginda" sesuai bagi konteks tersebut. Terima kasih.Kata ganti nama bagi Laksamana Hang Tuah ialah beliau. Tatabahasa24.10.2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya dikehendaki membuat analisis tentang pembentukan Kata Sendi Nama di dalam sebuah novel. Saya menghadapi satu kemusykilan: Kata Sendi Nama "di" -Contoh Ayat: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama (di dalam) untuk Nurul?" -Soalan: Adakah perkataan "di dalam" boleh diambil sebagai Kata Sendi Nama "di" dan "dalam"? Diharap pihak DBP dapat menjawab kemusykilan saya ini dengan segera. Terima kasih. NUR AMANINA SUHAIMISalam,

Untuk makluman. Contoh ayat yang diberikan tidak tepat. Ayat yang lebih jelas: "Kenapa susah sangat rasa seperti ini singgah dan bertapa lama dalam hati Nurul?". Selain itu, dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya". Manakala kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti ayat: Abang menyusun gelas di atas meja; manakala kata sendi ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat/arah yang dituju, seperti ayat: Mereka akan ke Kuantan esok. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.
Tatabahasa24.10.2015
Cantik kembang bunga melati, Tumbuh sebatang di tepi kota, Hilang tumbuh patah berganti, Adat pusaka terpelihara juga. Pergi ke pulau menggali ubi, Singgah ke beting dilayar juga, Sepuluh kali kita berbudi, Kalau miskin terbung jua. Pijak galah sambil berlari, Rupanya hujung sudah patah, Banyakkan usaha pada diri, Masa diri muda dan mentah. Jika masak pisang setandan, Mari disimpan dalam kereta, Jika ada tuah di badan, Kaca kupegang jadi permata. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu, Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya sidagang lalu. Anak Cina bertimbang madat, Dari Makasar langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. apa tajuknya? dan siapa yang tulis?Jenis puisi yang di atas ialah puisi Melayu Tradisional yang dikenali sebagai PANTUN. Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Oleh itu, pantun tidak mempunyai pencipta yang khusus, kerana ia bersifat warisan. Secara keseluruhan pula, pantun di atas bertemakan budi dan adat bangsa Melayu.Lain-lain23.06.2008
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih. Merujuk kepada soalan di atas, bolehkah perkataan 'lounge' dikekalkan untuk tujuan pengiklanan dan penerbitan majalah dan suratkhabar?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah. Perkataan "lounge' tidak boleh digunakan dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.Istilah04.01.2013
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah.Istilah04.01.2013
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.

1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 
2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 
3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 
4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 
5. Jelas,  kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 
6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan  imbuhan akhiran kata kerja *-kan*.

Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan  kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya.
Tatabahasa16.01.2018
Assalamualaikum & selamat pagi, (Soalan saya pada 16/1/18 masih belum berjawab) Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yg dpt diberi imbuhan. Kata tunggal bermaksud bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.Tatabahasa22.01.2018
12

Kembali ke atas