Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di suatu tempat (dlm perjalanan), mampir: barang di mana pasir yg baik, di sana ia ~ bermain sambil menjala dan memukat; singgah-menyinggah kerap benar singgah (dlm perjalanan): lekas-lekas kembali, jangan lengah di laut dan lagi jangan ~ di mana­-mana; menyinggahi 1. berhenti atau singgah di (dlm perjalanan): negara-negara Arab yg disinggahi oleh Tun itu adalah negara­negara yg penting dlm pergolakan politik di Timur Tengah; tiga buah pelabuhan telah disinggahinya; 2. (berhenti di suatu tempat utk) mengambil atau menjemput sesuatu: maka mudiklah ia lalu disinggahinya sam­pan Gusti itu; 3. mengambil semula sesuatu yg telah diamanahkan (disuruh baiki dll); menyinggahkan 1. menghentikan perjalan­an di sesuatu tempat, melabuhkan (kapal), mendaratkan (kapal terbang); 2. menurunkan atau meninggalkan sesuatu (ketika singgah dlm perjalanan); 3. menyilakan singgah (naik ke rumah dll); mempersinggah Mn mempersilakan singgah (mampir); persinggahan tempat singgah (berlabuh, berhenti, mendarat): Colombo telah menjadi tempat ~ yg penting bagi kapal laut dan juga kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sing.gah] | سيڠݢه

Definisi : berhenti sebentar di sesuatu tempat ketika dlm perjalanan: Saya ~ di pejabat pos kerana hendak membeli setem. menyinggahi berhenti atau singgah di (ketika dlm perjalanan): Setahun lamanya kapal itu belayar, me­ngelilingi dunia dan ~ pelabuhan besar dan kecil. menyinggahkan me­nghentikan (kapal) di: ~ kapal di pelabuhan. persinggahan tempat singgah; tempat berlabuh atau tempat mendarat: Bangkok merupakan ~ penting bagi kapal terbang yg hendak ke Timur atau ke Barat. penyinggahan perbuatan, hal dll singgah, menyinggahi atau me­nyinggahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgah (kata kerja)
Bersinonim dengan berhenti sebentar, berlabuh, hinggap, mampir;,
Kata Terbitan : menyinggahkan, persinggahan,

Puisi
 

Singgah berlabuh di Tanjung Jati,
     Nakhodanya pakai si baju merah;
Berasa berkenan di dalam hati,
     Abang nak tegur takut dimarah.


Lihat selanjutnya...(108)
Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transit passengerpenumpang transit; penumpang singgahAeroangkasaTiadaPenumpang yang berangkat dari sesebuah pelabuhan udara, singgah di sebuah pelabuhan udara lain dan berangkat semula ke destinasi dengan menggunakan penerbangan yang sama.
transitsinggah; setentangan; transitFizikTiadaTiada
transitsinggah; setentangan; transitGeografiTiadaTiada
transitsinggah; setentangan; transitKejuruteraanTiadaTiada
transitsinggah; setentangan; transitPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah perkhidmatan penghantaran mel tertutup yang dipertukarkan antara dua pejabat pentadbiran pos.
pendentivesinggah kubahKesenianTiadaTiada
transitsinggah; setentangan; transitUndang-undangTiadaTiada
stop oversinggahPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan perjalanan yang dihentikan dengan sengaja atas permintaan penumpang.
casual callsinggah sesekaliPentadbiran PerniagaanTiadaSuatu persinggahan oleh sesebuah kapal laut atau kapal terbang di Malaysia, di mana 24 bulan sebelum dan selepasnya tiada persinggahan di Malaysia.
transit portpelabuhan singgahGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas