Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ni] | سيني

Definisi : 1. = di sini di tempat ini: Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; 2. bp saya, aku: ~ tidak setuju dgn cadangan itu; ke sini ke mari: ia berlari ke sana dan ~; dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ni] | سيني

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Jadi bapa kuda.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
niya[ni.jA]kata tugasdi sini.Bondo tu niya, ambek yo lah.[bn.d tu ni.jA Am.be/ j lAh]Benda itu di sini, ambillah.
siniya[si.ni.jA]kata tugasdi sini.Den lotakan baju tu kek siniya.[dEn l.tA/.An bA.dZu tu kE/ si.ni.jA]Saya letakkan baju itu di sini.
mondodak[mn.d.dA/]kata kerjamengendeng.Apo buek mondodak kek sini, kok nak mintak.[A.p bu.wE/ m«n.d.dA/ kE/ si.ni k/ nA/ min.tA/]Apa buat mengendeng di sini, kalau hendak minta.
meh[mEh]kata kerjamari ke sini.Meh kek siniya abah pakaian baju kau tu.[mEh kE/ si.ni.jA A.bAh pA.kAj.An bA.dZu kAw tu]Mari dekat sini, abah pakaikan baju kau itu.

Kembali ke atas