Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ni] | سيني

Definisi : 1. = di sini di tempat ini: Mahkamah Tinggi di ~ telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua orang pemuda; 2. bp saya, aku: ~ tidak setuju dgn cadangan itu; ke sini ke mari: ia berlari ke sana dan ~; dikesinikan dibawa ke mari, dikemarikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ni] | سيني

Definisi : kata yg menunjukkan tempat yg dekat dgn orang yg bercakap: Dr sana ke ~. di ~ di tempat ini: Setem ada dijual di ~. ke ~ ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sini

Puisi
 

Sana merak sini merak,
     Merak seekor makan jagung;
Sana hendak sini hendak,
     Badan seorang mana nak tanggung.


Lihat selanjutnya...(86)
Peribahasa

Jadi bapa kuda.

Bermaksud :

Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
use this cycle pathberbasikal di siniKejuruteraanTiadaTiada
don't park heredilarang meletak kereta di siniKejuruteraanTiadaTiada
don't cycle on this roaddilarang berbasikal di siniKejuruteraanTiadaTiada
electrodecantationpengelektrosiringanKimiaKimia AnalisisPengubahsuaian teknik elektrodialisis. Di sini satu sel dibahagi kepada tiga bahagian oleh dua membran dan elektrod diletakkan pada bahagian-bahagian hujungnya. Bahan berkoloid akan dipekatkan di sisi dan dasar bahagian yang tengah. Manakala cecair yang timbul di permukaan di keluarkan. bd. elektrodialisis.
filamentfilamenTeknikElektrik1. Unsur pemanas dalam lampu pijar. Di sini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga haba dan seterusnya kepada tenaga cahaya. 2. Unsur pemanas dalam tiub vakum, yang disadur dengan bahan-bahan pemancar elektron sebagai katod.
electrostatic treaterperawat elektrostatikKejuruteraanPetroleumBekas tempat emulsi dialirkan ke dalamnya dan di sini emulsi tersebut diubah semula ke dalam bentuk asalnya, iaitu air, minyak dan kadangkala gas. Pengubahan emulsi ini dilakukan dengan menggunakan haba, bahan kimia dan medan elektrik voltan tinggi. Medan elektrik ini dihasilkan oleh grid-grid yang ditempatkan secara tegak lurus atau serenjang terhadap aliran bendalir di dalam perawat. Tujuannya adalah untuk membantu pemecahan emulsi. Perawat elektrostatik dikenali juga dengan nama Chemelektrik
vagilevagilGeologiTiadaBerhubung dengan tumbuhan atau haiwan yang bebas untuk bergerak ke sana-sini.
motor end plateplat hujung motorBiologiFisiologiPercabangan akhir bagi serat saraf motor dan di sini ia bersambung kepada gentian otot.
distributionpengagihanTeknikElektrikPenyebaran bekalan elektrik, yang diterima dari peringkat penghantaran, kepada beberapa stesen pencawang. Di sini voltan bekalan dari peringkat penghantar akan disebarkan kepada beberapa cawangan stesen pencawang dan seterusnya voltan itu akan diturunkan mengikut kehendak pengguna. Pengagihan merupakan satu peringkat dalam sistem pembekalan tenaga elektrik.
settling pitkolam pengenapanKejuruteraanPetroleumSejenis kolam lumpur tempat lumpur penggerusian dialirkan ke dalamnya dan di sini terjadi pengenapan dari pepejal berat yang terdapat di dalam lumpur tersebut. Biasanya, alat pembantu (seperti penyahpasir) dipasang di kolam ini untuk mempercepatkan proses pengasingan.
12345

Kembali ke atas