Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.té.tik] | سينتيتيک

Definisi : (sintétik) bkn bahan yg disediakan drpd bahan kimia atau bahan tiruan (bukan drpd sumber semula jadi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sin.té.tik] | سينتيتيک

Definisi : /sintétik/ (bkn sesuatu bahan) disediakan drpd bahan kimia atau bahan tiruan, iaitu bukan drpd sumber semula jadi: getah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sintetik
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :tiru, tiruan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINTETIK

Sintetik ialah bahan yang dicipta secara artifisial

apabila dua unsur atau lebih digabungkan secara

kimia untuk membuat sebatian baru. Sintetik

termasuk semua plastik dan serat buatan seperti

akrilik, asetat dan nilon. Kebanyakan bahan sintetik

telah dimajukan semasa keluaran asli berkurangan

atau tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan

perindustrian tertentu.

UMUM 
GETAH SINTETIKBahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM 
POLIETILENA

Polietilena ialah polimer sintetik yang utama,

iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik

polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk

susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada

keluaran polimer sintetik adalah polietilena.

UMUM 
GAS GANTIANGas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
SELOFAN

Selofan ialah bahan sintetik yang nipis, fleksibel. Ia

dibuat daripada selulosa, iaitu bahan dalam dinding

sel tumbuhan. Kebanyakan selofan disaluti bahan

kimia khas untuk menjadikannya kalis udara dan

tahan lembapan. Bahan kimia ini juga menjadikan

selofan terkedap haba – iaitu ia membolehkan

selofan terkedap sendiri dan terkedap pada bahan-

bahan tertentu dengan menggunakan haba dan

tekanan.

UMUM 
SAKARIN

Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat

daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih

kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak

mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan.

Sakarin juga mempunyai rasa pahit.

UMUM 
DES

DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan

sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen

semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan

oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES

ialah singkatan nama kimia hormon tersebut,

diethylstilbestrol.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
MONOMER

Monomer ialah molekul kecil yang boleh

berpadu dengan monomer-monomer lain untuk

membentuk monomer yang lebih besar yang

dikenali sebagai polimer. Polimer digunakan untuk

membuat cat, plastik, getah sintetik, dan serat

sintetik. Haba, tekanan, dan rawatan kimia boleh

digunakan untuk menjadikan monomer berpadu.

Lihat juga Pempolimeran; Polimer.

UMUM 
1234

Kembali ke atas