Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sin.tu/] | سينتوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok, dan kulit batang­nya boleh dibuat ubat), Cinnamomum spp.; bersintuk bergosok (badan) ketika mandi: maka isteri Khoja Maimun pun bangun lalu pergi mandi, ~ berlimau; menyintuk menggosok, menggonyoh; menyintukkan menggosokkan, menggo­nyohkan; penyintuk sesuatu yg digunakan utk me­nyintuk: dibunuhnya Tok Wak jurubahasa­nya, utk diambil darah, dibuat ~ meriam itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sintuk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN

SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN ( ? - 1690), ulama Indonesia. Beliau berasal dari Minangkabau. Nama beliau semasa kecil ialah Si Pono. Ayahnya bernama Pampak. Beliau suka mengikut ayahnya berniaga di pekan Batang Bengkawas. Pada tahun 1559, beliau mengikut ayahnya yang masih beragama Buddha berpindah ke Sintuk. Kemudian, mereka berpindah pula ke Ulakan. Syeikh Burhanuddin meneruskan perjalanan ke Aceh dan berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau berguru selama 13 tahun dan ada pendapat lain mengatakan beliau berguru dengan Syeikh Abdul Rauf selama 30 tahun. Rakan seperguruannya yang lain ialah Syeikh Tajul Khalwati (Bugis) dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Terengganu).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas