Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. rahsia, tersembunyi (dlm ilmu tasa­wuf); 2. keinginan (kemahuan) hati, ingin (mahu) akan sesuatu: tiadalah ia ~ kpd pe­rempuan itu; tak ~ Kl tidak mahu (ingin); kalau tak ~ berdegak, ~ melayang prb jika barang yg diinginkan tidak diperoleh maka hilanglah daya upaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi desir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sir

Peribahasa

Sir bagai berpuntung suluh.

Bermaksud :

Sesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sir Henry James projectionunjuran Sir Henry JamesGeografiTiadaTiada
Sir John Herschell's projectionunjuran Sir John HerschellGeografiTiadaTiada
Shuttle Imaging Radar (SIR)Radar Imej Ulang-alikGeografiTiadaTiada
DNA fingerprintingcap jari DNASains ForensikTiadaIstilah yang digunakan oleh Sir Alec Jeffreys untuk menerangkan prob multilokus yang menunjukkan fragmen DNA selepas dihadapkan oleh enzim. Prob ini menunjukkan kod bar yang dikenali sebagai cap jari DNA. Kini, istilah ini lebih dikenali sebagai pemprofilan DNA yang digunakan sebagai kaedah forensik untuk membandingkan dua sumber DNA yang dipertikaikan.
Newton’s laws of motionhukum gerakan NewtonMekanikGunaanTiga rumus yang (dibentuk oleh Sir Isaac Newton, 1666-1727) memerihalkan gerakan jasad yang halajunya jauh lebih rendah daripada halaju cahaya. Seluruh struktur ilmu mekanik dibentuk berdasarkan tiga hukum yang berkenaan. Rumus-rumus berkenaan ialah, hukum pertama Newton- jasad yang pada mulanya pegun, atau bergerak pada garis lurus dengan halaju yang malar, akan terus berkeadaan begitu sehinggalah jasad itu ditindak oleh daya tak terimbang. hukum kedua Newton – jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang akan bergerak dengan pecutan yang berkadar langsung dengan magnitud daya tersebut dan pada hala tindakan daya itu. Pemalar perkadaran di antara daya F dan pecutan a dinamai jisim m bagi jasad tersebut. Bagi gerakan linear, hukum ini biasanya ditulis dalam bentuk persamaan sebagai F = ma. hukum ketiga Newton – apabila daya bertindak pada jasad, jasad itu akan mengenakan daya tindak balas yang sama, berlawanan dan segaris, iaitu bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama dan berlawanan.
garden city movementgerakan bandar tamanKesenianSeni BinaKaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari.
serendipityserendipitiFarmasiTiadaPenemuan sesuatu yang tidak dijangka dan bernilai sewaktu mencari bahan yang lain. Contohnya, penemuan kesan antibakteria dalam penisilin oleh Sir Alexander Flemming sewaktu menumbuhkan kultur bakteria.
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirnya ditulis dalam bentuk prosa. Koleksi Kisah Seribu Satu Malam dari Timur Tengah banyak mempengaruhi karya roman Eropah. Pada Zaman Pertengahan Eropah, karya roman mengandungi tiga peringkat utama: Pertama, mengenai Britain yang termasuk kisah Arthur yang diceduk daripada Breton Lays. Kedua, mengenai Rome yang mengaitkan kisah Alexander, peperangan Trojan dan Thebes, dan Ketiga, mengenai perancis yang berkaitan Charlemange dan kesateriaannya. Di Britain, roman bangsawan berjudul Sir Gawain and the Green Knight ditulis pada abad ke-14. Pada abad selepasnya, Sir Thomas Mallory menulis karya prosa bertajuk Le Morte Darthur dan karya itu dihasilkan dalam bentuk prosa. Penulis terkenal dalam Kesusasteraan Barat yang menghasilkan karya roman sehingga abad ke-17 termasuklah, Spenser (Faerie Queene), Sidney (Arcadia � 1590), Chaucer (Tale of Sir Thopas), dan Cervantes (Don Quixote � 1605). Pada abad ke-18, elemen roman masih ada dalam novel, tetapi elemen ini menekankan kisah seharian, sosial, dan domestik � kecuali novel yang berbentuk pikares. Antara penulis terkenal dengan karya roman selepas abad ke-18 ialah Keats, Coleridge, Shelly, Hawthorne, dan Meredith. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa novel tulisan Joseph Conrad berjudul Lord Jim (1900) dan Romance (1903) tergolong dalam kategori roman kerana elemen luar biasa, esotik, asing dan sifat berlebihan dalam karyanya. Contoh paling terkenal penulis novel roman sastera Inggeris moden ialah Emily Bronte melalui novelnya berjudul Wuthering Heights. Istilah roman berasal daripada bahasa Perancis lama romaunt dan roman yang bermaksud �lirik roman istana�.
apologiaapologiaKesusasteraanTiada1. Karya yang berisi pembelaan terhadap perlakuan dan pandangan tokoh. Contoh: dipercayai Hikayat Raja-Raja Pasai yang ditulis semula untuk membela imej raja-raja Pasai yang direndah-rendahkan dalam Sejarah Melayu. Lihat Teeuw, A, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. In John Bastin and R. Roolvink ed. Malayan and Indonesian Studies, essays presented to Sir Richard Winstedt. etc. Oxford 1964. PP. 222-34.
International Law Commission (ILC))Suruhanjaya Undang-Undang AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaSuruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perhimpunan Agung PBB untuk melakukan kajian dan cadangan dalam pembangunan dan pengekodan undang-undang antarabangsa. Suruhanjaya ini mula melakukan kerja berkenaan pembangunan undangundang antarabangsa pada tahun 1949. Suruhanjaya tersebut mempunyai 34 anggota yang terdiri daripada pakar undangundang, mewakili pelbagai sistem perundangan utama dunia. Keanggotaan asal suruhanjaya ini terdiri daripada pakar undang-undang yang terkenal seperti Sir Benegal Rau dari India, James L. Brierly dari United Kingdom, Manley O. Hudson dari Amerika Syarikat, V.M Koretsky dari USSR, dan George Schelle dari Perancis. Walaupun suruhanjaya ini mengambil masa yang lama kerana melalui proses yang panjang dan rumit dalam pembentukan undang-undang, namun suruhanjaya tersebut telah berjaya mengadakan kajian yang menghasilkan beberapa konvensyen. Antara konvensyen yang telah diadakan ialah Konvensyen Undang-Undang Laut, Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Diplomatik (1961), Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Konsular (1963), dan Konvensyen Vienna berkenaan Undang-Undang Perjanjian (1969). Sinonim ILC.
12

Kembali ke atas