Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ram] | سيرم

Definisi : ; bersiram bd mandi: silakan tuanku dua laki isteri berangkat ~; menyiram 1. mencurahkan air dll pd, men­dirus, menjirus: seorang perempuan muda ~ bunga dlm taman; 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih); menyirami menyiram pd: Kadir masuk ke kamar mandi lalu ~ Ratna dgn air; menyiramkan 1. menyiram dgn, menjirus­kan, mencurahkan: maka kedua-duanya terkejut spt orang mengantuk disiramkan air; 2. sl, bd memandikan: maka bidan ketujuh pun lalu ~ putera baginda, dilimau dan di­bedak; persiraman sl tempat mandi, permandian; penyiraman perbuatan menyiram (menyi­ramkan); penyiram 1. orang yg menyiram: tugas utamanya hanya sbg ~ pokok bunga setiap pagi; 2. alat yg digunakan utk menyiramkan air dsb: dia menyiram sayur-sayuran dgn menggunakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ram] | سيرم

Definisi : ; bersiram mandi (digunakan utk raja-raja saja): Silakan tuanku berangkat ~. menyiram 1 mencurahkan air dsb pd sesuatu: ~ bunga. 2 menjirus dgn air (supaya bersih dll). menyirami 1 menyiram berkali-kali; menyiram banyak-banyak. 2 menjadikan sesuatu disiram: Hujan ~ bumi. menyiramkan menyiram dgn (sesuatu); mencurahkan; mencucurkan: ~ air mawar pd bunga rampai. persiraman tempat bersiram; permandian. penyiraman perbuatan (hal dsb) menyiram, menyirami atau menyiramkan. penyiram alat utk me­nyiram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
siram
Kata Terbitan : bersiram, menyiram, menyiramkan, persiraman, penyiraman,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa?Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang.Tatabahasa14.02.2011
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata kerja pasif "kena" Adakah penggunaan kata kerja pasif "kena" boleh digunakan oleh kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga? Rujuk contoh berikut. 1. Bunga kena siram oleh saya. (Kata ganti nama pertama) 2. Bunga kena siram oleh kamu. (Kata ganti nama kedua) 3. Bunga kena siram oleh Ali. (Kata ganti nama ketiga) Ayat yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Kata kerja pasif "kena" hadir di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Berdasarkan panduan dalam buku Tatabahasa kata pasif "kena" digunakan dalam ayat pasif dan kata ganti nama diri ketiga. Contoh: "Pencuri itu kena tangkap oleh polis" atau "Pencuri itu kena tangkap"; manakala ayat pasif diri pertama menjadi "Pencuri itu saya tangkap". Tatabahasa21.01.2022
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Sekiranya soalan tersebut dikemukakan dalam peperiksaan SPM, adakah kedua-dua jawapan di atas boleh diterima? terima kasihMerujuk Tatabahasa Dewan dan seperti yang dijelaskan dalam pertanyaan sebelum ini, kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Jika hal ini berkaitan dengan peperiksaan, saudara perlu merujuk Majlis Peperiksaan Malaysia.Tatabahasa03.03.2011
Saya agak keliru dengan penukaran ayat pasif kepada ayat aktif. Conthonya seperti ayat di bawah; Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Bagaimanakah caranya untuk mengenal pasti sama ada ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul?Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat:  Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa14.02.2011
Pergi siramkan air pada tanaman. Ayat di atas betul ke?Ayat yang betul ialah "Pergi siramkan tanaman." Tidak perlu lagi meletakkan "air" dalam ayat tersebut kerana perkataan siram sudah membawa maksud mencurahkan air.Tatabahasa30.08.2022
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
imbuhan kepada perkataan menyiram

Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Puan saya tidak begitu faham apakah yang puan ingin tanyakan. Kalau menyiram kata dasarnya ialah siram dan sudah tentulah dalam hal ini imbuhan yang digunakan ialah meny... tetapi kalau imbuhan bag perkataan menyiram...... ia boleh sahaja digunakan imbuhan  i, lantas menjadi menyirami atau kan... untuk menjadi menyiramkan. Terima kasih.

Tatabahasa17.05.2009
Boleh saya tahu adakah DBP ada buku atau buku istilah tentang "bunyi" sesuatu perkara dalam bentuk perkataan? Contohnya bunyi binatang, atau "pong" merujuk kepada "bunyi barang dll yg jatuh di air." Terima kasihSetakat ini DBP tidak ada menerbitkan buku berkaitan bunyi.  Yang ada segelintir jenis bunyi dalam kamus.Contoh:   siut I 1. bunyi spt bunyi wisel yg nyaring; 2. bunyi spt bunyi orang menyiuk (kerana ke­pedasan dll); 3. bunyi spt bunyi rotan dll di­sebatkan di udara; 4. bunyi spt bunyi api di­siram dgn air; bersiut berbunyi siut, berbunyi spt orang menyiuk (kerana kepedasan dll); siutan bunyi siut yg berkali-kali.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lentung Ibunyi spt bunyi kelentung (loceng dll); ~-lentang = lentang-~ bunyi spt bunyi orang bertukang dll, bunyi berdentang; melentung berbunyi spt bunyi kelentung; lentungan bunyi melentung: di bawah keriang-keriut dan ~ roda pedati.  Kamus Dewan Edisi Keempat  mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek di­jadikan bunyi panjang; maddah.  Kamus Dewan Edisi Keempat   lepuk bunyi spt bunyi orang bertepuk tangan, bunyi yg lebih besar drpd bunyi lepak; ~-lepak bunyi lepuk yg berulang-ulang: kemudian aku dengar juga ~-lepak bunyi lembu kena pukul; melepuk memukul, menampar; ®lapuk II.   Kamus Dewan Edisi Keempat   gedebuk bunyi spt bunyi benda berat jatuh; bunyi spt bunyi pukulan pd belakang seseorang dll.   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lentang bunyi spt bunyi tin dipukul; ~-lentung bunyi kuat spt bunyi tin dipukul berulang­ulang, bunyi berdentang-dentang.   Kamus Dewan Edisi Keempat   uak II   bunyi spt bunyi kerbau (katak dll); menguak mengeluarkan bunyi spt bunyi kerbau (katak dll): kambing mengembek, kerbau ~; uakan bunyi uak: seekor kuda meringkik diiringi ~ beberapa ekor lembu.   Kamus Dewan Edisi Keempat   rak I   1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; ® derak.   Kamus Dewan Edisi Keempat   siul   = siulan 1 bunyi spt bunyi suling yg dibuat dgn mulut. 2 bunyi burung. bersiul 1 membuat bunyi spt bunyi suling dgn mulut. 2 berbunyi (bkn burung).   Kamus Pelajar Edisi Kedua   lengking   bunyi spt bunyi besi dipukul, bunyi yg kuat: sebanyak desus dan ~ kereta api sebanyak itu pula debar jantung Poniem; melengking berbunyi dgn kuat (bunyi besi dipukul, orang menjerit, dll): sebentar kemudian terdengar benda jatuh dan berikutannya ~ pula suara jeritan seorang perempuan; lengkingan suara atau bunyi melengking (jeritan dll): bunyi ~ kapak sayup-sayup terdengar dr pondokku; tiada kedengaran ~ anak-anak muda yg bergumal.   Kamus Dewan Edisi KeempatLain-lain09.05.2014
Adakah "menyiram" menggunakan imbuhan me- atau meny? Jika guna meny-, mengapa me- menggunakan hukum KPST ?hukum KPST telah menerangkan penggunaan kata dasar awalan S, jadi mengapa guna imbuahan meny-? Sebenarnya, meny- adakan imbuhan?Apabila awalan me- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s, huruf pertama dalam kata dasar tersebut akan berubah menjadi huruf-huruf seperti yang berikut: p akan menjadi m, t akan menjadi n, k akan menjadi ng dan s menjadi ny.

Contoh:
me- + pakai = memakai
me- + pasang = memasang
me- + tulis = menulis
me- + tumpang = menumpang
me- + kawal = mengawal
me- + korek = mengorek
me- + siram = menyiram
me- + suruh = menyuruh
Tatabahasa06.05.2024
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021
12

Kembali ke atas