Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ra.tan] | سيرتن

Definisi : 1. jalinan; 2. sesuatu yg tersembunyi: dgn melihat ~ dlm suratan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ra.tan] | سيرتن

Definisi : mata jaring atau mata jala: ~ gigi sela-sela gigi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sirat
Kata Terbitan : bersirat, menyirat, tersirat, siratan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
valley braidsiratan lembah; siratan lurahGeologiTiadaTiada
valley braidsiratan lembah; siratan lurahPertanianTiadaTiada
acquiescenceakur siratanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan yang dilakukan secara tersirat dan tidak secara nyata, iaitu apabila sesebuah negara atau subjek undang-undang antarabangsa tidak melakukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara lain. Persetujuan seumpama ini boleh memberi kesan tertentu, seperti menghilangkan hak yang dinikmati oleh pihak yang tidak membantah. Contohnya, sebuah negara yang tidak membuat bantahan terhadap tindakan negara penceroboh yang menduduki wilayahnya akan menyebabkan negara tersebut akhirnya kehilangan hak ke atas wilayah berkenaan.
acquiescenceakur siratanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan yang dilakukan secara tersirat dan tidak secara nyata, iaitu apabila sesebuah negara atau subjek undangundang antarabangsa tidak melakukan bantahan terhadap tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara lain. Persetujuan seumpama ini boleh memberi kesan tertentu, seperti menghilangkan hak yang dinikmati oleh pihak yang tidak membantah. Contohnya, sebuah negara yang tidak membuat bantahan terhadap tindakan negara penceroboh yang menduduki wilayahnya akan menyebabkan negara tersebut akhirnya kehilangan hak ke atas wilayah berkenaan.
netjaring; keranjang; bersih; jala; pukatSukanTiadaJaring: Alat yang diperbuat daripada tali halus yang berwarna gelap. Alat ini mempunyai siratan yang sama yang tidak kurang dari 15 mm dan tidak melebihi 20mm. Labuhnya 760 mm, berpinggir dengan pita putih 75mm. Jaring yang dipasang pada tiang mestilah 1.52 cm dari lantai dan 1.55 m dari bahagian garis sempadan.
equitable principleprinsip ekuitiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPrinsip yang diberikan ciri keadilan dan kewajaran oleh ekuiti. Contohnya, prinsip sama jarak, akur siratan dan estopel tingkah laku. Prinsip ekuiti termasuk dalam prinsip am undang-undang yang menjadi salah satu sumber undangundang antarabangsa. Contoh pemakaian prinsip ini adalah seperti dalam kes Diversion of Water from the Meuse [1937]. Dalam kes ini, Belanda membuat tuntutan terhadap Belgium kerana mengubah aliran Sungai Meuse dan memungkiri satu triti. Walau bagaimanapun, tuntutan Belanda tidak diterima oleh Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa kerana ia turut mengubah aliran sungai tersebut.
crash gearboxkotak gear lagaKejuruteraanTiadadengan aci pemacu dan aci terpacu yang sepaksi, dengan pasangan gear taji lurus yang tergear dimasukkan ke roda-roda berpasangan pada aci bantu melalui gelangsaran paksi.,ubah laju tanpa siratan segerak.
ketebongketebongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram panjang dan berpinggang. Dram ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai satu muka kulit. Kulit dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Ketebong diletakkan secara mendatar di atas riba dan dipukul dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dram ini dimainkan dalam ensembel dram engkerumong bagi mengiringi tarian. Kete­bong dimainkan oleh masyarakat suku kaum Iban di Sarawak. Dram ini dikenali juga sebagai katebong.

gedumbakgedumbakMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gedumbak ialah dram berbentuk piala. Dram ini mempunyai satu permukaan kulit yang dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Alat muzik ini ditiunkan dengan menggunakan baji kayu kecil yang akan menegangkan tali rotan tersebut. Gedumbak dipukul dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi digunakan untuk membuka atau menutup bahagian hujung dram tersebut. Gedumbak terdapat dalam dua saiz, iaitu saiz kecil dikenali sebagai gedumbak anak dan saiz besar dikenali sebagai gedumbak ibu. Kedua-dua gedumbak ini dimainkan secara bertingkah-tingkah dalam ensembel wayang kulit Kelantan, wayang gedek dan menora. Alat muzik ini dikenali sebagai tab di Thailand, skor arakk di Kemboja dan tombak, darbuka atau darabukka di Timur Tengah. Lihat juga darabukka.

kendhangkendhangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini berbentuk tong panjang yang cembung. Dua muka kulit dram dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Dram diletakkan secara melintang di atas riba pemain dan dipukul dengan kedua-dua belah tangan. Kendhang terdapat dalam pelbagai saiz seperti ketipung bersaiz kecil dan ciblon bersaiz sederhana. Ciblon biasanya digunakan untuk mengiringi tarian. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan mempunyai hubung kait de­ngan alat gendang, katindiek dan dram lain di Indonesia dan Malaysia. Lihat juga gendang.

12

Kembali ke atas