Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.ri] | سيري

Definisi : rangkaian sesuatu yg sama (spt cerita, buku, peristiwa, dll) yg dikeluarkan (diadakan, disiarkan, dll) berturut-turut: inilah ceramah yg kedelapan dlm ~ ceramah ilmiah; ~ aktinid (Kim) siri unsur radioaktif dlm jadual berkala, bermula dgn aktinium dan berakhir dgn lawrensium; ~ homolog (Kim) siri sebati­an karbon drpd jenis yg sama dan diwakili satu formula am (mis alkana dan alkena); ~ lantanid (Kim) siri lima belas unsur logam dlm jadual berkala, bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium; nombor ~ nombor (bilangan) yg berturut-turut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.ri] | سيري

Definisi : beberapa perkara (peristiwa, cerita dll) yg bertalian antara satu dgn yg lain; rangkaian (peristiwa dll) yg berturut-turut: nombor ~ nombor yg berturut-turut. ~ aktinid ist siri unsur radioaktif yg bermula dgn aktinium dan berakhir dgn lawrensium. ~ homolog ist siri sebatian karbon drpd jenis yg sama dan diwakili oleh satu formula am. ~ lantanid ist siri lima belas unsur logam nadir yg bermula dgn lantanum dan berakhir dgn lutetium. bersiri dlm bentuk yg bertalian antara satu dgn yg lain: drama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siri


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chainrangkaian;rantai(an)PerpustakaanTiada1. Siri-siri peristiwa atau benda yang berkaitan.
epilogueepilogSejarahTiada1. Peristiwa atau siri-siri peristiwa yang melengkapi peristiwa sebelumnya dalam karya tulisan.,2. Ucapan berbentuk puisi di akhir lakonan atau sandiwara.
homologousberhomologKimiaTiada1. Tergolong ke dalam siri yang ahli-ahli berturutan mempunyai formula yang berbeza secara sekata, terutamanya siri-siri sebatian organik yang berbeza sebanyak unit -CH2.
spectral seriessiri spektrumKimiaTiadaSiri garisan yang berkaitan antara satu sama lain dalam spektrum penyerapan atau pemancaran sesuatu bahan. Garisan-garisan ini terjadi apabila peralihan elektron berlaku di antara satu aras tenaga dengan satu set aras tenaga yang berbeza. Sebagai contoh, dalam spektrum penyerapan hidrogen, satu elektron di dalam petala pertama boleh menyerap foton yang menyebabkan peralihan elektron ke petala kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Fenomena ini menghasilkan siri garisan gelap yang disebut spektrum Rydberg. Contoh spektrum pemancaran ialah siri Lyman, siri Balmer, siri Paschen, siri Pfund dan siri Brackett.
time seriessiri masaSainsHidrometeorologiNilai pembolehubah yang dijanakan berturutan mengikut masa. Surih barograf selanjar merupakan contoh siri masa selanjar manakala jujukan tekanan setiap jam merupakan contoh siri masa diskret. Secara rajah, siri masa selalunya dilukis dengan masa sebagai absisa dan nilai fungsi sebagai ordinat. Siri masa mungkin pegun atau tidak. Bagi siri masa pegun, dinamik sebenar yang menggerakkan siri adalah malar dari satu tempoh ke satu tempoh lain. Bagi siri masa tak pegun, dinamik berubah secara berterusan dan siri ini kurang rentan terhadap analisis statistik.
series feedpembekal siri; suap siriFizikTiadaTiada
series expansionkembangan siri; pengembangan siriMatematikTiadaTiada
series feedpembekal siri;suapan siriKejuruteraanTiadaTiada
series-in series-out registerdaftar siri-masuk siri-keluarKejuruteraanTiadaTiada
electrochemical seriessiri elektrokimiaFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanSuatu siri yang menyenaraikan logam dan bahan-bahan lain mengikut tertib tindak balas kimia atau keupayaan elektrod masing-masing. Logam atau bahan yang paling bertindak balas diletakkan dibahagian atas siri tersebut dan bahan atau logam yang kurang bertindak balas diletakkan di bahagian bawah siri tersebut. Siri gerak elektrik.
12345678910...

Kembali ke atas