Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.rih] | سيريه

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper cani­num; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (cur­tisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyro­phyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argy­rites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyak­nya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh ke­untungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendak­kan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu ke­mudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rih] | سيريه

Definisi : ; menyirih Mn mengunjukkan atau memberikan (sirih, rokok, dll): orang itu me­ngeluarkan tempat rokok dr dlm sakunya dan ~ kpd sekalian orang itu; menyirihi mengunjukkan atau memberikan sirih, rokok, dll kpd: aku disirihi rokok daun; menyirihkan Mn mengunjukkan atau mem­berikan sirih (rokok dll): sekali-sekali pernah juga dia ~ rokoknya kalau bertemu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.rih] | سيريه

Definisi : nama sj pokok renek memanjat yg daunnya dikunyah berserta pinang, gambir, kapur dll, Piper spp.. ~ sekapur (setampin) sirih yg lengkap dgn kapur, gambir, pinang dsb dan telah berlipat (sedia utk dikunyah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirih

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Bermaksud :

Kembali ke tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Peribahasa berikut , yang mana satukah betul ? A. Serumpun bak serai seikat bak sirih B. Seikat bak sirih serumpun bak serai Terima kasih

Jawapan yang lebih tepat ialah "Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai."

Lain-lain08.03.2022
Adakah sekapur sirih boleh diterima sebagai penjodoh bilangan?Sekapur sirih bukan penjodoh bilangan, sebaliknya kata majmuk yang lazimnya digunakan sebagai tajuk kata alu-aluan dalam buku cenderamata. Lihat sirih">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sekapur+sirih untuk maklumat lanjut.Tatabahasa27.01.2015
Apakah maksud "berakap"? Saya sedang melakukan kajian manuskrip lama dan terjumpa dalam syair Hamzah Fansuri: "Itulah tempat senentiasa takut // Sebab berakapkan da'im akan perisai malakut". Saya membuat carian web lebih lanjut dan jumpa penggunaannya dalam sebuah pantun: "Sirih kuning sirih berakap" dan juga pantun dalam DBP: "Kelakap terakan-akap". Perkataan "berakap" pada hemat saya merupakan perkataan Melayu Riau. Terima kasih.Soalan tuan memerlukan rujukan khusus dan penjelasan yang lebih terperinci. Pihak kami telah mengemukakan soalan ini kepada bahagian yang berkaitan. Sebarang maklum balas lanjut akan dimaklumkan kepada pihak tuan melalui e-mel.Penyelidikan25.01.2022
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
1.tempat sirih yg diperbuat drp emas atau perak,dipanggil apa? 2.apa peristiwa yang membawa kpd penubuhan DBP? 3.MAKSUD LAIN MENURUT GAYA.

Tempat sirih yang diperbuat daripada kayu atau logam ialah tepak sireh. Harap maklum. Soalan lain tidak berkenaan dengan Khidmat Nasihat Bahasa yang disediakan. Bagaimanapun, saudara/ saudari dicadangkan untuk melayari laman DBP atau mengunjingi perpustakaan yang berdekatan untuk mengetahui sejarah penubuhan DBP. Harap maklum.

Makna18.07.2008
Pihak jabatan saya ingin mengeluarkan sebuah buku. saya ingin bertanyakan apakah yang sepatutnya ditulis di dalam sekapur sirih sesebuah bukuSekapur sirih merupakan kata alu-aluan daripada tokoh atau ketua jabatan.  Dalam penulisan buku untuk jabatan kata-kata aluan ini mungkin menceritakan tentang tujuan penulisan buku, mengapa buku ini ditulis dan harapan daripada ketua jabatan, juga boleh merakamkan ucap tahniah atas kejayaan penulisan buku tersebut.Lain-lain21.01.2011
Apakah maksud peribahasa bagai sirih pulang ke gagang? Saya mohon tuan jelaskan mengikut penggunaannya yang sesuai dlm konteks ayat. Adakah peribahasa ini boleh digunakan untuk menggambarkan seseorang yg pulang ke kampung halamannya setelah pergi ke sesuatu tempat selama dua hari? Terima kasih..

Peribahasa Sirih pulang ke gagang bermaksud kembali ke tempatnya. Ini bermakna penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks, bukannya sesuai pada semua tempat.

Lain-lain31.08.2016
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
ejaan utk: a. cendekiawan b. sirehcendekiawan dan sirihEjaan02.10.2011
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggahSila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
Tatabahasa09.11.2013
123

Kembali ke atas