Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sir.na] | سيرنا

Definisi : Jw hilang, lenyap, musnah; menyirnakan menghilangkan, memusnah­kan; penyirnaan pemusnahan, penghapusan, peng­hilangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sir.na] | سيرنا

Definisi : hilang; lenyap. menyirnakan men­jadikan sirna; menghilangkan; melenyapkan. penyirnaan perbuatan atau hal menyirnakan; penghilangan; pelenyapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat tentang keris ini betul: 'Gah kersani berbeka ulung, tiada sirna biar berabad' Apakah maksud yang paling ringkas? Jika salah, apakah ayat yang sesuai? (perlu menggunakan perkataan sastera lama).Perkataan berbeka bermaksud bercakap dgn sso
atau kumpulan orang: Contoh ayat - Dgn adinda ia berbeka,
menyuruh berkumpul adik dan kakak.

Perkataan berbeka - tidak diketahui maksud sebenar dlm ayat ini.

Perkataan dirna pula bermaksud:-
1 (bkn sso, bangunan dsb) binasa atau musnah
sama sekali: Semua yg ada krn diadakan
akan mengalami sirna. 2 (bkn perasaan, kenangan
dsb) tidak ada lagi atau hilang: Rasa tercabarnya
ttg perbezaan daun mapel dan daun anggur
mulai sirna.Dia sempat memegang susuk tubuh
salah seorang penghuni hutan itu, sebelum mereka
bergerak pantas dan sirna dlm ketebalan hutan.
3 Jw bh (bkn suara, bunyi dsb) tidak kedengaran

Perkataan sirna tidak sesuai digunakan dlm ayat ini.

Tiada cadangan ayat kerana maksud sebenarnya tidak difahami.

Mohon tuan menjelaskan maksud sebenar yg ingin disampaikan menerusi ayat di atas.

Terima kasih.
Lain-lain05.08.2022
Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing".
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut:

1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA
2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek
3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen
4. gene editing - penyuntingan gen
Istilah18.05.2022
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
Kegembiraan Rohana berubah menjadi … setelah dia mendengar berita tersebut. A. muram B. kusam C. suram D. redup Apakah jawapan bagi soalan ini dan boleh berikan penjelasan bagi perbezaan muram,kusam,suram dan redup Terima kasihKesemua pilihan jawapan yang diberikan tidak sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan. Perkataan muram, kusam, suram dan redup membawa makna yang hampir sama (sila rujuk Kamus Perdana Dewan). Cadangan ayat yang betul ialah "Kegembiraan Rohana sirna setelah dia mendengar berita tersebut"Tatabahasa23.06.2022

Kembali ke atas