Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.si/] | سيسيق

Definisi : 1. lapisan kulit yg berkeping-keping (pd ikan, ular, kaki ayam, dll): memang tuah ayam dan burung dapat dilihat drpd ~nya, tetapi tuah manusia siapa tahu; 2. ki corak atau ragam: engkau semua masih mentah, tidak mengenal ~ manusia; kurang ~, tinggal lidi di buku, kurang selidik, tinggal kaji di guru prb kalau kurang hati­hati bekerja atau berusaha tidak ada hasilnya; minta ~ pd limbat prb menghendaki sesuatu yg tidak mungkin dapat; bersisik ada sisiknya, mempunyai sisik: dgn takdir Allah, dapatlah seekor ikan ~ emas bermatakan intan; menyisik, menyisiki 1. membuang sisik (dr ikan dll); 2. meraut buluh (lidi dll) supaya licin; 3. melihat tuah ayam sabungan pd sisik di kakinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : ; ~ keli = ~ naga bukit = ~ tenggiling sj tumbuhan (pokok kecil), Polychroa repens; ~ naga = ~ tenggiling sj tumbuhan (herba), Desmodium triflorum; ~ penyu = ~ puyuh sj tumbuhan (pokok), Caralia suffruticosa; rumput ~ naga sj tumbuhan (herba), Desmo­dium heterophyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.si/] | سيسيق

Definisi : lapisan kulit yg berkeping-keping spt yg terdapat pd ikan dll. menyisik 1 membuang sisik ikan. 2 meraut buluh dll supaya licin. 3 melihat tuah ayam pd sisik kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sisik

Puisi
 

Orang menyabung di balik buluh,
     Ayam jalak sisik berduri;
Intan di gedung emas sepuluh,
     Jatuh terpijak habis sekali.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Minta sisik pada limbat.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam.Saya ingin bertanya apakah terjemahan bagi 'Descaling Knife'? terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu khusus untuk "descaling knife" dalam pangkalan data istilah kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pisau buang sisik atau pisau sisik.Istilah08.04.2013
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam  penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2019
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut/ Fish Scaling Machines Fish Skinning Machines Fish Trimming Robots Fish Trimming Stations Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

Fish Scaling Machines - Mesin Buang Sisik
Fish Skinning Machines - Mesin Buangn Kulit
Fish Trimming Robots - Robot Potong Ikan
Fish Trimming Stations - Stesen Potong Ikan
Istilah28.01.2016
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010

Kembali ke atas