Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.te.ma.tik] | سيستماتيک

Definisi : 1. berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.te.ma.tik] | سيستماتيک

Definisi : menurut (mempunyai) sis­tem; bersistem: kaedah yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sistematik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
surface surveysurvei permukaanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah meninjau permukaan tanah dengan cara berjalan kaki di kawasan yang telah ditentukan keluasannya. Terdapat dua cara asas yang dikenal pasti, iaitu tinjauan tidak sistematik dan tinjauan sistematik. Tinjauan tidak sistematik dilakukan dengan memerhatikan data arkeologi di permukaan tanah dan merekodkannya. Manakala tinjauan sistematik melibatkan sistem grid yang membahagikan kawasan kepada beberapa petak dan ditinjau secara sistematik bagi memudahkan perekodan jumpaan pada permukaan. Hasil tinjauan menjadi asas sama ada sesuatu tapak berpotensi atau tidak untuk dilakukan ekskavasi.
systematic desensitisationdesensitisasi sistematikPsikologiPsikologi UmumProsedur untuk mengurangkan penyakit fobia terhadap sesuatu benda atau keadaan secara sistematik. Contohnya, individu yang fobia terhadap ular didedahkan kepada haiwan tersebut secara sistematik sehingga menyedari bahawa haiwan itu tidak berbahaya seperti yang dipercayainya.
systematic desensitisationpenyahpekaan sistematikPerubatanPsikiatriTeknik psikoterapi tingkah laku yang sistematik dan berkesan untuk mengatasi fobia dan keresahan.
classed cataloguekatalog berkelasPerpustakaanTiadaKatalog yang disusun mengikut perkara yang berdasarkan satu skim pengelasan yang sistematik. Sinonim: Katalog kelas, katalog perkara berkelas, katalog raisone, dan katalog sistematik.
chemical systematicssistematik kimiaHerbaFitokimiaBidang kajian yang dilakukan untuk menerangkan implikasi filogenetik terhadap kewujudan dan taburan metabolit sekunder. Contohnya, kajian ke atas tumbuhan Order Rutales mendapati sebatian jenis limonoid terdapat dalam famili Meliaceae dan Cneoraceae, manakala sebatian kuasinoid terhad kepada famili Simaroubaceae. Sinonim kemosistematik.
phylogenetic systematicsistematik filogenetikBioinformatikBioinformatik MolekulSatu bidang dalam biologi yang membina semula sejarah evolusi dan corak hubungan antara organisma. Kajian ini membolehkan organisma dikelaskan berdasarkan turutan masa dan dipaparkan menerusi pepohon filogenetik.
systematic riskrisiko sistematikPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian daripada risiko sekuriti yang berkait dengan pergerakan portfolio pasaran dan tidak boleh dihapuskan dengan pelbagaian.
systematic teachingpengajaran sistematikPendidikanTiadaGaya pengajaran berstruktur dan tersusun yang dirancang untuk mencapai objektif pengajaran.
systematic samplingpensampelan sistematikPendidikanTiadaProsedur pemilihan ciri sampel ditentukan selepas pemilihan elemen yang pertama disebabkan setiap elemen dalam senarai yang dipilih diasingkan daripada elemen yang pertama selang gandaan yang dikenal pasti. Contohnya setiap selang yang ke-10, 20 atau sebagainya.
systematic riskrisiko sistematikEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas