Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.wi] | سيسوي

Definisi : siswa perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.wi] | سيسوي

Definisi : penuntut atau pelajar perempuan di pusat pengajian tinggi (universiti). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siswi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Saya mempunyai beberapa persoalan yang saya harap boleh dijawab oleh pihak DBP: 1) Apakah perbezaan antara siswa/siswi dan mahasiswa dan mahasiswi? Jikalau kedua - duanya mempunyai makna yang sama, bolehkah saya guna istilah - istilah tersebut secara bertukar ganti? 2) Mengapakah "South China Sea" diterjemahkan sebagai "Laut *China* Selatan" dan bukannya "Laut *Cina* Selatan"? Sama juga dengan istilah - istilah lain seperti Tembok Besar China dan Tanah Besar China. Memandangkan kita mengguna cara ejaan China, apakah cara sebutannya? "Cai-na" seperti yang disebut penutur bahasa Inggeris atau "Ci-na" seperti yang disebut orang tempatan? Terima kasih didahulukan.1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, siswa bermaksud  penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Siswi pula bermaksud siswa perempuan.
2. Ejaan yang betul ialah Laut China Selatan, Tembok Besar Cina dan Tanah Besar China. Ejaan "China" dikekalkan kerana "China"  ialah nama khas negara. Sebutan yang betul ialah "Ci-na".
Makna14.07.2016
assalamualaikum... adakah pihak dewan bahasa dan pustaka membuka peluang untuk siswa/siswi untuk menjalankan latihan industri?Kami mencadangkan puan berhubung terus dengan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479625/9627/9628 untuk bertanyakan hal berkenaan.Lain-lain21.02.2015
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau siswi akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya andaDalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas