Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tu] | سيتو

Definisi : (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : (Sunda) ark danau, tasik, telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : kata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tidak arif mengenai penggunaan perkataan in situ dan ex situ. Apakah ejaan yang betul bagi kedua-dua perkataan tersebut, in situ dan ex situ atau in-situ dan ex-situ? Adakah perkataan ini telah menjadi perkataan Melayu? Apakah huraian mengenai in situ dan apakah huraian mengenai ex situ?Salam sejahtera,

Tuan,

Ejaan yang betul ialah in situ dan  ex situ.

Maksud: 

in situ - bermaksud berada pada kedudukan asal atau normal

ex situ - di luar kawasan atau di luar kedudukan asal (berkenaan sesuatu proses, tindakan dan sebagainya).

Contoh ayat: Proses pembiakan hidupan liar secara ex situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar.

Sila rujuk Kamus Dewan atau layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.


Sekian, terima kasih.
Lain-lain14.11.2019
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara).  Di situ bermaksud di tempat itu.  Makna13.08.2011
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian / sangat indah sekali?Ayat yang tepat ialah Pemandangan di situ sangat indah, Pemandangan di situ indah sekali dan Pemandangan di situ indah nian.Tatabahasa18.02.2019
Ayat-ayat berikut yang manakah betul? Tolong membuat penerangan. Kata bilangan jamak & kata adjektif 1 Banyak ikan yang besar belaka ditemui di situ. 2 Ikan-ikan yang besar belaka ditemui di situ. 3 Ikan yang besar-besar belaka ditemui di situ. 1 Semua jurulatih di situ garang belaka. 2 Jurulatih-jurulatih di situ garang belaka. 3 Jurulatih di situ garang-garang belaka. 1 Saya dan keluarga di sini sihat belaka. 2 Saya dan keluarga di sini sihat-sihat belaka.

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata adjektif pula ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
ayat mana satukah yang beetul? 1) Ke situ kamu harus pergi. 2) Ke situ harus kamu pergi. Setahu saya, ayat 2 yang betul sebab itu ayat songsang. Ayat 1 salah sebab ke situ (preposisi) tidak boleh menjadi subjek dalam ayat pasif. Betul tak hujah saya? Sila jelaskan kepada saya. terima kasih.Ayat songsang memindahkan konstituen predikat ke hadapan subjek. Perlu diingat walaupun pemindahan tersebut berlaku setiap unsur dalam subjek dan predikat kekal fungsinya sebagai subjek dan predikat juga. Dalam contoh ayat yang diberi ayat asal ialah - Kamu harus pergi (subjek - Frasa Nama) + ke situ (predikat - Frasa Sendi Nama) dan apabila disongsangkan menjadi "Ke situ kamu harus pergi" (ayat 1).Tatabahasa22.06.2011
Adakah penggunaan "belaka" dalam ayat-ayat di bawah betul? Ayat yang manakah salah? a) Kain yang dijual di situ cantik-cantik belaka. b) Kain yang dijual di situ cantik-cantik. c) Kain yang dijual di situ cantik belaka.Ayat yang gramatis ialah kain yang dijual di situ cantik-cantik dan kain yang dijual di situ cantik belaka. Perkataan 'belaka' bermaksud semuanya atau seluruhnya sekali. Oleh itu tidak perlu mengulang perkataan sebelumnya.Tatabahasa26.09.2012
di sana dan situ atau di sana dan di situJawapan yang betul ialah di sana dan di situ.Tatabahasa22.10.2014
Adakah ayat di bawah betul? Pemandangan di situ sangat indah nian.Frasa yang betul ialah Pemandangan di situ sangat indah atau Pemandangan di situ indah nian.Lain-lain16.11.2010
Yang mana betul.di mana ada gula ,di situ ada semut atau dimana ada semut,di situ ada gulaPeribahasa yang betul  ialah di mana ada gula, di situ ada semut.Makna24.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas