Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tu] | سيتو

Definisi : (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : (Sunda) ark danau, tasik, telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : kata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OAK PIAGAM

Oak Piagam ialah pokok besar di Hartford,

Connecticut, di Amerika Syarikat. Ia menjadi terkenal

kerana kisah bahawa piagam asal Connecticut

disembunyikan di situ untuk mengelakkannya

daripada dirampas oleh gabenor Inggeris.

UMUM 
PERANG CROFTER

Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di

Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888.

Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang

tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah

diusir secara sistematik daripada kawasan tanah

tengah oleh tuan tanah yang mahu

memperkenalkan penternakan biri-biri ke

kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka

petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai

croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan

ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian,

tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang

untuk tujuan memburu rusa, dan menembak

burung dan menghalau penyewa lain dengan

mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini

ditentang oleh penyewa tersebut.

UMUM 
KARBALA’

Karbala’ ialah sebuah bandar yang terletak di

selatan Iraq. Ia ialah salah satu bandar yang

terpenting bagi orang Islam daripada kalangan

pengikut Syiah kerana di situ terdapat makam

Sayidina Husayn ibn ‘Ali r.a.

UMUM 
ORANG CZECHOSLOVAKIA

Orang Czechoslovakia ialah orang Slav yang

menjadi sebahagian besar penduduk Republik

Czech. Kebanyakan orang Czechoslovakia tinggal

di rantau Bohemia dan Moravia. Mereka menetap

di situ pada tahun 400-an.

UMUM 
TASIK THUN

Tasik Thun, terletak 558 meter di atas aras laut

di Alp Bern, iaitu sebuah kawasan pelancongan

yang popular di barat tengah Switzerland.

Interlaken terletak tidak jauh dari situ. Untuk lokasi

Tasik Thun, lihat Switzerland (peta). Tasik ini

terbentuk oleh Sungai Aare dan menerima air dari

Sungai Simme di sebelah baratnya. Panjang Tasik

Thun ialah 16 kilometer dan purata lebarnya lebih

kurang tiga kilometer. Ia meliputi keluasan 47

kilometer persegi.

UMUM 
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah ,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 
MANLY COVE

Manly Cove, di Pelabuhan Sydney, Australia,

diberi nama oleh Gabenor Arthur Phillip yang

tertarik dengan “keyakinan dan sifat kelelakian”

Orang Asli Australia semasa dia mula-mula

mendarat di situ pada bulan Januari 1788.

UMUM 
PERTEMPURAN BALAKLAVA

Pertempuran Balaklava berlaku berdekatan

pekan Balaklava di Krimea, Rusia pada 25 Oktober

1854 semasa perang Krimea. Tentera Perancis, Turki,

dan British telah menawan Balaklava dengan mudah

dan menubuhkan pangkalan di situ. Pihak Rusia

menghantar bala tentera yang besar dari

Sevastopol , iaitu pangkalan tentera laut kira-kira 13

kilometer di barat laut Balaklava, untuk menawan

semula bandar itu. Serangan itu gagal, tetapi kedua-

dua pihak mengalami kerugian besar. Lihat Perang

Krimea.

UMUM 
KOMPLOT SERBUK LETUPAN

Komplot serbuk letupan ialah pakatan

untuk meletupkan Bangunan Parlimen Inggeris

pada 5 November 1605, ketika Raja James I dan

majlis pegawai kerajaan akan berada di situ.

UMUM 
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 
12345

Kembali ke atas