Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tu] | سيتو

Definisi : (kata yg menunjukkan) tempat yg tidak jauh dr orang yg berbicara: kedai-kedai Cina yg ada dekat-dekat ~ telah menurunkan har­ga barang-barang jualan mereka; di situ 1. di tempat itu: ia duduk dan me­nyandarkan badannya ~; 2. bp awak, engkau, kamu; 3. pd waktu (ketika, masa) itu; ke situ ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : (Sunda) ark danau, tasik, telaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tu] | سيتو

Definisi : kata utk menunjukkan tempat yg tidak berapa jauh dr orang yg bercakap. di ~ di tempat itu: Tadi dia ada di ~. ke ~ ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata situ

Puisi
 

Di mana deru di situ ribut,
     Ribut diiring angin utara;
Garam saya air di laut,
     Tak masin banyak sikit pun ada.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Tidak berasak tunas dari tunggul.

Bermaksud :

Tidak berpindah-pindah, tetap di situ-situ juga.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cast-in-situtuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah pengkonkritan yang menggunakan konkrit atau lepa yang dituangkan terus ke tempat peletakan, khususnya di dalam pemasangan cerucuk gerek. Tuang di-situ berlawanan dengan konkrit pratuang sama ada daripada segi pemasangan tetulang mahupun kaedah pengkonkritan yang dijalankan.
in situ conservationpemuliharaan in situPertanianAgroteknologiPemuliharaan baka tumbuh-tumbuhan yang dilakukan di dalam kawasan semula jadi yang dilindungi daripada pencerobohan. Pemuliharaan in situ dilakukan bertujuan untuk menambah baik serta mengekalkan varieti asli di sesuatu kawasan. Contohnya, satu kawasan hutan simpan yang telah ditetapkan menjadi kawasan pemulihaaan in situ, dan sebarang tumbuhan dari kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar ke tempat yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara spesies yang terdapat secara semula jadi di kawasan tersebut. Contoh lain ialah dusun yang telah lama ditanam dengan pelbagai varieti buah-buahan. Dusun ini boleh juga dianggap sebagai kawasan pemuliharaan in situ bagi baka buah-buahan.
in situin situGeografiTiadaTiada
in situin situGeologiTiadaTiada
in situin situPerubatanTiadaIstilah Latin yang bermaksud berada dalam kedudukan asal atau normal.
in situin situKimiaTiadaTiada
in situin situUndang-undangTiadaTiada
in situin situKejuruteraanTiadaTiada
in-situdi-situKejuruteraanTiadaAktiviti pembinaan yang dilakukan di lapangan.
in situin situKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas