Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : 1. keadaan, kedudukan, atau suasana sesuatu perkara: besok ~ mungkin semakin buruk; 2. letaknya sesuatu, kedudukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb); keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
situasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :ada, keadaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah tuan/puan berikan contoh-contoh benda, keadaan, dll. untuk membezakan penggunaan kata adjektif kasar dan kesat? Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau kesat? Dalam situasi-situasi apakah kata adjektif kasar dan kesat sesuai digunakan? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiranMakna19.03.2019
Yang manakah betul? "Situasi yang baru" atau "situasi yang baharu"Jika konteks ini merupakan padanan new situation dalam bahasa Melayu, padanan yang betul ialah situasi baharu.Tatabahasa13.05.2015
Situasi : Perasmian 18 buah dewan sekolah dalam Parlimen Pagoh Untuk menulis bena ,antara berikut manakah yang betul? 1. Majlis Perasmian Dewan-dewan Sekolah Parlimen Pagoh 2. Majlis Perasmian Dewan Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh.1. Majlis Perasmian Dewan Sekolah Parlimen Pagoh. Tidak perlu dijamakkan perkataan dewan atau sekolah kerana Parlimen Pagoh di situ boleh menandakan tunggal atau jamak. Tatabahasa29.03.2012
Mana satukah ayat berikut benar? 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. 2. Mengenal integer melalui situasi sebenar. Terima kasihAyat yang paling tepat ialah 1. Mengenal integer berdasarkan situasi sebenar. Tatabahasa28.06.2011
Assalamualaikum. Situasi : terdapat auditorium bernama Auditorium Perdana akan diberi nama baru dengan nama tokoh. Apakah perkataan yg sesuai, 'Majlis Penjenamaan Semula' atau 'Majlis Penamaan Semula'. Atau mungkin ada cadangan perkataan lain yg lebih molek dari pihak DBP. Terima kasih."Majlis Penjenamaan Semula" sesuai digunakan. Sila betulkan teks (WP KUALA LUMPUR) dan masukkan tarikh majlis tersebut.  Tatabahasa30.09.2021
Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan perkataan 'bergantung' dan 'tergantung'?Imbuhan beR- dan teR- pada perkataan bergantung dan tergantung membawa beberapa pengertian berdasarkan konteks. Awalan beR- membawa pengertian meminta bantuan daripada, contohnya; Kehidupan pengemis itu bergantung pada ihsan masyarakat. Awalan teR- pula membawa maksud dalam keadaan tersedia. Contoh ayat ialah Busana pengantin berwarna kuning itu siap tergantung. Selain itu, awalan teR- pada perkataan tergantung juga memberi pengertian keupayaan. Contohnya, hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah itu tergantung pada hakim.Tatabahasa21.05.2021
Dalam situasi apakah perkataan "suram","kelam" dan "kusam" patut digunakan agar tidak salah dari segi bahasa. Sila berikan contoh ayat. Terima kasih.1. Perkataan "suram dan kelam" digunakan dalam konteks cuaca. Contoh ayat: Cuaca hari ini kelihatan suram /kelam.
2. Perkataan "kusam/pudar" digunakan dalam konteks logam. Contoh ayat: Dulang tembaga ini kelihatan kusam/pudar.

Tatabahasa21.05.2015
Apakah situasi bagi kata hubung 'dan' yang dikehendaki didahului dengan tanda koma?Berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) adalah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya  untuk unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan bukan daripada jenis yang sama atau kategori yang berbeza, contohnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan .... Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ejaan19.06.2012
Apakah situasi boleh menggunakan imbuhan ter-... diikuti dengan oleh saya? Contoh: ter__________ oleh sayaDalam ayat pasif diri pertama tidak boleh kata kerja pasif (terangkat) + oleh + kata ganti diri pertama (saya), ayat yang gramatis ialah ... saya terangkat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 491.Tatabahasa28.09.2011
Apakah situasi yang sesuai menggunakan perkataan 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia"?Bahasa Melayu penggunaannya dalam konteks Bahasa Kebangsaan, Mata Pelajaran dan bangsa. Manakala bahasa Malaysia penggunaannya lebih kepada konteks komunikasi sosial.Lain-lain10.08.2010
12345678910...

Kembali ke atas