Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : 1. keadaan, kedudukan, atau suasana sesuatu perkara: besok ~ mungkin semakin buruk; 2. letaknya sesuatu, kedudukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb); keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
situasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :ada, keadaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEORI PERMAINAN

Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji

pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila

pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan

mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan

mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan

dan pembuat keputusan sebagai pemain.

UMUM 
PINTER, HAROLD

Pinter, Harold (1930– ) ialah penulis drama

Inggeris. Dramanya menekankan situasi

ketegangan yang tidak terucap dan kadangkala

sukar diterangkan antara watak-watak yang terlibat.

UMUM 
SEMANGAT

Semangat merupakan sikap atau pandangan

umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan

terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan

dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik,

keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh

mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan

berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai

semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa

keyakinan seseorang individu atau kumpulan

biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi.

Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut

rendah.

UMUM 
AMBIVALENS

Ambivalens ialah istilah psikiatrik bagi

perasaan atau fikiran yang bercanggah tentang

diri sendiri, orang lain atau sesuatu situasi.

Perasaan ambivalens yang paling biasa termasuk

cinta dan benci, penerimaan dan penolakan, serta

penguasaan dan penyerahan.

UMUM 
PYRRHUS

Pyrrhus (318? S.M.–272 S.M.) ialah raja Epirus di

Greece . Daripada namanya wujud ungkapan

“Kemenangan Pyrrhic”. Ungkapan ini digunakan

untuk menunjukkan situasi sesuatu kemenangan

yang tidak berbaloi. Ungkapan ini timbul daripada

pernyataan Pyrrhus selepas pertempuran Asculum.

Dalam pertempuran tersebut, dia kehilangan

hampir semua askarnya. Dia berkata, “Satu lagi

kemenangan sebegini maka hancurlah saya.”

UMUM 
DINESEN, ISAK

Dinesen, Isak (1885–1962) ialah nama pena

Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang

Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan

manusia dan situasi yang aneh, tidak

munasabah dan ganjil.

UMUM 
KECERGASAN FIZIKAL

Kecerdasan buatan ialah cabang sains

komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem

komputer yang melakukan tugas yang kelihatan

memerlukan kecerdasan. Tugas demikian

termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi

baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu.

UMUM 
KECERDASAN BUATAN

Kecerdasan buatan ialah cabang sains

komputer. Ia berkaitan dengan reka bentuk sistem

komputer yang melakukan tugas yang kelihatan

memerlukan kecerdasan. Tugas demikian

termasuk penaakulan, penyesuaian dengan situasi

baharu, dan pembelajaran kemahiran baharu.

UMUM 
STATISTIK

Statistik ialah satu kaedah mengumpul dan

menganalisis maklumat. Kaedah statistik membantu

manusia mengenal pasti, mengkaji, dan

menyelesaikan banyak masalah. Kaedah ini

membolehkan manusia membuat keputusan yang

baik apabila berdepan dengan situasi yang tidak

menentu.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
12

Kembali ke atas