Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : 1. keadaan, kedudukan, atau suasana sesuatu perkara: besok ~ mungkin semakin buruk; 2. letaknya sesuatu, kedudukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.tua.si] | سيتواسي

Definisi : suasana yg meliputi sesuatu masa (peristiwa dsb); keadaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
situasi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :ada, keadaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high road transferpemindahan aras tinggiPendidikanTiadaAplikasi pengetahuan abstrak yang dipelajari dalam sesuatu situasi kepada situasi yang berlainan.
stock situationsituasi kodiKesusasteraanTiadaPeristiwa dalam plot yang sering diulang dalam sesebuah drama atau naratif, sehingga menjadi suatu konvensi yang memudahkan pengkaryaan. Situasi kodi boleh tampil sebagai suatu peristiwa seperti tentang kezaliman ibu tiri dan kekeliruan identiti, atau sebagai satu urutan plot seperti cinta tiga segi atau perkahwinan paksa. Dalam sastera tradisional seperti persembahan makyung, adegan mengulik, adegan pakyung berceloteh dengan peran, dan adegan menghadap rebab merupakan situasi kodi. Hal ini demikian kerana adegan ini tetap dilakukan dalam setiap persembahan makyung. Dalam bangsawan, terdapat situasi kodi seperti adegan balairong seri, adegan taman, adegan pertarungan, adegan beradu, dan mengulik.
referralrujukanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mengemukakan sesuatu situasi untuk tindakan lanjut. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, sesebuah negara pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Majlis Keselamatan PBB boleh merujuk suatu situasi jenayah antarabangsa kepada pendakwa. Dengan rujukan tersebut, pendakwa boleh memulakan siasatan. Contohnya, pada 2005, Majlis Keselamatan telah merujuk situasi di Darfur, Sudan kepada pendakwa. Ia berasaskan kepada laporan Suruhanjaya Inkuiri Antarabangsa tentang Darfur yang mempunyai sebab untuk percaya bahawa jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang telah dilakukan. Hasil siasatan pendakwa, Kamar Prabicara mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Sudan, Omar al-Bashir.
SWOT analysisanalisis SWOTPengurusanPerancanganSalah satu teknik menganalisis situasi keseluruhan organisasi bagi mengetahui posisinya pada satu-satu masa tertentu. Teknik analisis bermula dengan mengenal pasti dan mempertimbangkan faktor-faktor persekitaran dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi kedudukan sesebuah organisasi. SWOT merujuk kepada Kekuatan (Strengths), Kelemahan (Weaknesses), Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Kekuatan dan kelemahan merujuk kepada faktor persekitaran dalaman, manakala peluang dan ancaman merupakan faktor persekitaran luaran. Contoh situasi kekuatan ialah kedudukan kewangan yang kukuh dalam organisasi, manakala contoh situasi kelemahan ialah kekurangan kepakaran sumber manusia. Contoh situasi peluang ialah keadaan ekonomi yang baik, manakala contoh situasi ancaman ialah wujudnya persaingan yang sengit kepada organisasi. Lihat juga persekitaran dalaman, persekitaran luaran.
transfer of learningpemindahan pembelajaranPendidikanTiada

 Pembelajaran dalam sesuatu situasi atau konteks yang boleh digunakan dalam situasi atau konteks yang berlainan.

imageimejSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan terhadap sesuatu situasi dalam persekitaran perhubungan antarabangsa yang sebahagiannya dapat difahami berasaskan persepsi pembuat dasar. Manusia bertindak dan bertindak balas berasaskan cerminan persekitarannya. Dalam proses membuat dasar, parameter tersebut merujuk kepada persepsi individu terhadap objek, fakta atau keadaan dengan menilai aspek kebaikan dan keburukannya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, seseorang pembuat dasar boleh berbeza dalam mentafsirkan sesuatu situasi. Keadaan ini disebabkan mereka tidak sama dalam pencirian sesuatu situasi yang menyebabkan kesimpulannya juga berbeza. Secara khusus, persoalan imej yang berbeza dalam perhubungan antarabangsa menjadi lebih kompleks bagi situasi konflik apabila melibatkan banyak faktor seperti kepelbagaian kepentingan, perbezaan dalam sejarah, ekonomi, sosial dan sistem nilai.
conceptual skillkemahiran konseptualPengurusanPerancanganKemampuan seseorang untuk memikir, menganalisis dan memahami sesuatu konsep, situasi atau idea. Kemahiran konseptual diperlukan untuk menjelaskan suatu konsep atau situasi yang kompleks dan rumit secara menyeluruh sehingga dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Contoh kemahiran konseptual ialah kemampuan seseorang untuk memahami konsep inflasi dalam ekonomi dan jelas tentang kesannya kepada perniagaan yang sedang dijalankan.
scenario planningperancangan senarioPengurusanPerancanganKaedah yang digunakan oleh perancang strategi dengan mengambil kira situasi yang berbeza untuk disesuaikan dengan tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat organisasi. Kaedah ini dapat membantu perancang strategi untuk membuat unjuran atau ramalan tentang situasi yang bakal dihadapi oleh organisasi dalam tempoh tertentu. Pendekatan perancangan senario digunakan dalam menganalisis situasi yang berbeza dan boleh mempengaruhi keputusan strategik. Contohnya, strategi pemasaran yang berbeza bagi pasaran barangan di negara China berbanding dengan pasaran di Timur Tengah. Lihat juga imbasan persekitaran.
abdicateturun takhtaSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II.
disintegrationperpecahanSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi atau keadaan berpecah belah yang wujud dalam sesebuah masyarakat atau negara akibat daripada perbezaan pendapat, kepuakan, tuntutan autonomi pentadbiran dan persaingan politik. Perpecahan ini biasanya wujud dalam masyarakat yang bersifat majmuk. Situasi ini biasanya mengakibatkan masyarakat atau negara berkonflik sesama sendiri. Konflik ini boleh bersifat permusuhan, pemisahan kawasan, pergaduhan kecil atau peperangan terbuka. Perpecahan boleh menyebabkan struktur negara tersebut berubah daripada sifat asalnya kepada penubuhan negara baru manakala perpecahan masyarakat pula akan menggugat kesepaduan sesama anggota. Contohnya, perang saudara yang berlaku di negara bekas Yugoslavia pada dekad l990-an telah menyebabkan perpecahan di negara tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas