Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.vil] | سيۏيل

Definisi : 1. berkaitan dgn orang awam atau orang biasa, berkaitan dgn rakyat sbg orang perse­orangan: para pemimpin autoritarian gemar mencari alasan utk mengurangkan hak ~ dan politik; pentadbiran kehakiman ~ yg kita warisi drpd sistem kehakiman Inggeris; 2. (Udg) berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.vil] | سيۏيل

Definisi : 1 berkaitan dgn orang awam atau orang biasa; berkaitan dgn rakyat sbg orang perseorangan: hak ~. 2 berkaitan dgn yg bukan jenayah: mahkamah ~; kes ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sivil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik.Istilah25.08.2016
PEJABAT URUSAN KONTRAKTOR MARIN, SIVIL DAN ELEKTRIK. DIMILIKI OLEH BENCHMARK MARINE SDN. BHD. (805493-A)Sila kemukakan permohonan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu 'e-Perkhidmatan' dan kemudian klik 'Khidmat Pengesahan Bahasa DBP'. Skrin 'Daftar Masuk' akan dipaparkan. Sila daftar terlebih dahulu  dan semak e-mel untuk mendapatkan 'Kod Pengaktifan'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan.Lain-lain14.09.2011
1) Mohon perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk Pintu "Roller Shutter" 2) Adakah "Kejuruteraan Awam" juga boleh ditulis secara rasmi dan berwasit sebagai Kejuruteraan Sivil" 3)Padanan bahasa Melayu bagi istilah roller shutter ialah penutup gendela gulung dan istilah civil engineering ialah kejuruteraan awam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah30.08.2023
Terdapat sembilan negeri yang beraja dalam negara kita dan pemerintah di setiap negeri mempunyai gelaran yang berbeza. Soalan: Apakah perkataan yang dapat merujuk kepada kesemua pemerintah ini? Perkataan "pemerintah negeri" rasanya macam tak betul kerana mungkin disalah ertikan sebagai kerajaan sivil yang ada di situ.Lazimnya disebut Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri, tidak ada satu perkataan khusus untuk merujuk kesemua mereka.Lain-lain19.04.2012
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021

Kembali ke atas