Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skan.dium] | سکنديوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg lembut dan berwarna perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skan.dium] | سکنديوم

Definisi : ist unsur logam berbentuk pepejal lembut, berwarna perak dan digunakan sbg bahan utk mengesan ke­bocoran gas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skandium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKANDIUM

Skandium ialah logam yang lembut, berwarna

putih keperakan. Simbol kimianya ialah Sc.

Nombor atomnya ialah 21 dan berat atomnya ialah

44.9559. Pada tahun 1869, Dmitri Mendeleev dari

Rusia meramalkan kewujudannya. Pada tahun

1879, Lars Nilson dari Sweden menemuinya dalam

mineral gadolinit dan euksenit. Skandium

dinamakan sempena nama Scandinavia.

Skandium terdapat dalam sejumlah yang kecil

dalam lebih daripada 800 mineral, tetapi sangat

mahal untuk diekstradisi dan tidak mempunyai

kegunaan yang penting. Skandium melebur pada

1541ºC dan mendidih pada 2831ºC.

Ketumpatannya ialah 2.489 gram per sentimeter

padu pada 20ºC. Lihat juga Unsur kimia (jadual).

UMUM 

Kembali ke atas