Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (skéma) rajah (rancangan dsb) yg perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yg teratur: ~ tatacara pembentukan istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /skéma/ rancangan (rajah dsb) bkn sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skema


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SONETA

Soneta ialah puisi 14 baris yang diiringi corak

metis dan ritma tertentu. Namanya dalam bahasa

Itali membawa makna lagu kecil. Dalam soneta

Itali, oktaf (lapan baris pertama) menyatakan tema

atau pengalaman, sementara sestet (enam baris

terakhir) memberikan gerak balas atau komen pada

tema. Skema rima oktaf ialah abbaabba (baris satu,

empat, lima, dan lapan rima; dan baris dua, tiga,

enam, dan tujuh rima). Skema rima sestet biasanya

cdecde.

UMUM 
RUBAI

RUBAI, genre puisi Parsi yang dipopularkan melalui bahasa Arab.  Rubai merupakan satu-satunya sumbangan asli Parsi dalam tradisi puisi Islam.  Rubai berbentuk catur larik (quatrain), iaitu empat larik serangkap, dengan skema rima a-a-b-a dan sedikit sekali a-a-a-a; setiap rangkap dapat menyatakan satu keseluruhan idea.  Umar Khayyam, seorang penyair terkenal, telah mencipta sekitar 750 rangkap rubai yang kemudian dikumpul dan dikenal sebagai Ruba’iyat Umar Khaiyam.  Ia kemudiannya berkembang dan mempengaruhi pelbagai tradisi puisi, termasuk puisi Melayu.

SASTERAKonsep
KIT'AH

KIT’AH, BENTUK PUISI Arab yang merupakan fragmen daripada karya yang lebih panjang, misalnya sebuah qasidah. Kit’ah dalam bahasa Arab bererti potongan keratan, sekerat atau sepotong; memberikan makna sepotong daripada sebuah karya yang lebih besar kit’ah juga mungkin sebuah puisi tersendiri mengenai sesuatu topik, tetapi masih menggunakan skema-rima yang sama, iaitu serima (monorhyme) dan dalam polamatra yang umum seperti genre yang lain. Begitu rapatnya hubungan kit’ah dengan qasidah, walaupun pada kenyataannya sebuah qasidah hingga ada sarjana menganggap klit’ah berasal daripada  qasidah yang mungkin dikembangkan daripada genre lain yang berasingan seperti ghazal, fakhr dan lain-lain.

SASTERAPenerbitan
KASIDAH

KASIDAH, puisi Arab yang popular dan antara bentuk puisi (shi’r) Arab yang terawal. Kasidah telah berkembang sejak zaman Jahiliah bersama-sama puisi Arab yang lain. Kasidah, sejenis oda (ode) ialah puisi imaginatif yang lengkap dan panjang, biasanya terdiri dari 25 hingga 100 kuplet. Dari segi skema rima, umumnya berbentuk serima (monorhyme), sesuai dengan  tradisi Arab. Pola rima kasidah sama seperti puisi Arab lain, misalnya kit’ah, masnu’i dan ghazal. Ia mempunyai pola matra (metrical pattern) berdasarkan bunyi panjang pendek vokalnya.

SASTERAKonsep
NAZAM

Nazam, sejenis gubahan puisi.  Nazam terdiri daripada dua larik serangkap dengan jumlah perkataan antara empat hingga enam dalam selarik, dengan jumlah antara lapan hingga 14 suku kata; menggunakan skema rima a-a, a-b, c-b atau ekarima (monorhyme), dengan sedikit variasi dan kekecualian (misalnya lebih daripada 10 jumlah perkataan).

SASTERAKonsep

Kembali ke atas