Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (skéma) rajah (rancangan dsb) yg perlu diikuti, rancangan atau garis-garis yg teratur: ~ tatacara pembentukan istilah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /skéma/ rancangan (rajah dsb) bkn sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skema


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
logical schemaskema logikTeknologi MaklumatPerisianSkema pemetaan entiti, atribut dan hubungan dalam pangkalan data. Skema ini berbeza daripada model data konseptual kerana menghuraikan semantik suatu organisasi tanpa merujuk kepada teknologi atau model data fizikal yang menerangkan mekanisme fizikal tertentu dan digunakan untuk memperoleh data dalam media storan. Langkah seterusnya yang digunakan untuk membina pangkalan data selepas skema logik dihasilkan adalah dengan mewujudkan skema fizikal.
database schemaskema pangkalan dataTeknologi MaklumatPerisianStruktur yang dihuraikan dalam bahasa formal dan disokong oleh sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Dalam pangkalan data hubungan, skema ini menakrifkan jadual, medan dalam setiap jadual, dan saling hubungan antara medan dan jadual. Skema pangkalan data biasanya disimpan dalam kamus data. Walaupun skema ditakrifkan dalam teks bahasa pangkalan data, istilah ini juga digunakan untuk merujuk gambaran bergrafik struktur pangkalan data.
physical schemaskema fizikalTeknologi MaklumatTiadaSkema yang mentakrifkan spesifikasi fizikal bagi reka bentuk konseptual pangkalan data.
external schemaskema luaranTeknologi MaklumatTiadaSkema yang menerangkan keseluruhan pangkalan data dari segi data yang diperlukan oleh aplikasi tertentu.
backup schemeskema sandaranTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSkema yang digunakan bagi menyediakan sandaran sekiranya berlaku kerosakan pada sistem yang sedia ada.
colour schemeskema warnaKesenianDrama dan TeaterPeraturan menyesuaikan warna yang digunakan dalam rekaan untuk persembahan pentas. Skema warna bukan sahaja digunakan untuk mencipta gaya dan daya tarikan, tetapi juga untuk menimbulkan kesan harmoni yang sesuai dengan suasana yang dikehendaki.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi MaklumatPerisianSkema yang menggunakan kriptografi tak simetri. Skema ini digunakan untuk melaksanakan tandatangan elektronik bagi menentusahkan penghantar mesej ialah penghantar yang sebenar. Tandatangan digital ini bersamaan dengan tandatangan bertulis tangan dalam kebanyakan aspek. Walau bagaimanapun, tandatangan digital sukar untuk ditiru kerana skemanya berdasarkan algoritma kriptografi. Tandatangan digital ini juga menyediakan perkhidmatan tiada sangkalan, iaitu penghantar tidak dapat menafikan bahawa mesej tersebut dihantar olehnya dan penerima tidak boleh menafikan bahawa mesej tersebut tidak diterima olehnya. Contoh penggunaannya ialah Sistem e-Filing dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sinonim tandatangan elektronik.
Hubble classificationpengelasan HubbleMatematikTiadaSkema pengelasan galaksi yang diperkenalkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1925. Menurut skema ini galaksi terbahagi tiga: elips, pusaran dan pusaran berpalang. Setiap jenis mempunyai subjenis mengikut cirinya yang cerap secara kasar, iaitu bentuknya dan disusun pula mengikut jujukan morfologinya.
Pulse code modulation (PCM)modulasi kod denyut (PCM)Teknologi MaklumatTiadaKaedah pengekodan isyarat suara analog kepada strim bit digital. Skema pengekodan audio tak susut ini lazim digunakan pada audio CD dan DVD. Skema pengekodan ini mengekalkan bunyi fideliti yang tertinggi.
data modellingpemodelan dataTeknologi MaklumatPerisianProses membina model data dalam kejuruteraan perisian dengan mengaplikasikan deskripsi model data formal menggunakan beberapa teknik pemodelan. Proses ini penting dalam mentakrifkan keperluan perniagaan bagi satu pangkalan data. Proses ini juga dinamakan pemodelan pangkalan data kerana lama-kelamaan model data ini akan diguna pakai dalam satu pangkalan data. Pemodelan data boleh terdiri daripada skema konseptual, skema logik dan skema fizikal.
12345678910...

Kembali ke atas