Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skét.sa] | سکيتسا

Definisi : (skétsa) 1. lukisan yg dibuat secara kasar dan cepat, lakaran; 2. karangan atau lakonan pendek yg menggelikan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sketsa
Rujuk :lukis, lukisan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAY, CLARENCE

Day, Clarence (1874–1935), penulis Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana dua buku sketsa humor

mengenai keluarganya yang bertajuk Life with

Father (1935) dan Life with Mother (diterbitkan

pada tahun 1937, selepas dia meninggal dunia).

Buku ini telah dijadikan drama, Life with Father

(1939), yang menjadi satu daripada drama yang

paling popular dalam sejarah teater Amerika.

UMUM 
ROBEY, SIR GEORGE

Robey, Sir George (1869–1964) ialah salah

seorang bintang muzik dewan Inggeris. Dia

terkenal dengan kepetahan bercakap, kata bernas

dan lucu yang diucapkan tanpa sebarang

persediaan, nyanyian dan sketsa watak seperti “The

Prehistoric Man”. Semasa Perang Dunia I (1914–

1918), dia mengambil peranan dalam pusparagam

The Bing Boys Are Here, yang termasuklah lagu “If

You Were the Only Girl in the World “.

UMUM 
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA

DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak.

 

SASTERAKarya
SENI

SENI, majalah bulanan kesenian.  Ia diterbitkan di Jakarta pada tahun 1955.  Majalah yang terbit selama satu tahun (12 keluaran) ini memuatkan cerpen, puisi, drama, esei, sketsa dan vignet. Sidang pengarangnya ialah H.B. Jassin, Trisno Sumardjo, Amir Pasaribu dan Zaini.  Majalah ini diterbitkan di Jalan Gunung Sahari, No. 46 Jakarta, Indonesia.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas