Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skim] | سکيم

Definisi : rancangan; ~ cepat kaya skim pelaburan yg kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yg segera dan sangat lumayan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skim] | سکيم

Definisi : rancangan yg sistematik ttg sesuatu utk mencapai tujuan atau sasaran; usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangan tercapai: ~ insurans perubatan. ~ cepat kaya skim pelaburan yg kononnya dpt memberikan pu­langan atau keuntungan yg segera dan sangat lumayan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
skim
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :rancang, rancangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan Bahasa Melayu yang betul untuk "What is Skim Rumah Pertamaku?" Adakah (a) "Apakah Skim Rumah Pertamaku?"; (b) "Apa kah Skim Rumah Pertamaku?"; (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?"; atau (d) "Apa kah itu Skim Rumah Pertamaku?" Untuk makluman Tuan, ayat tersebut akan digunakan dalam konteks senarai soalan lazim. Terima kasih.Jawapan yang paling sesuai ialah (c) "Apakah itu Skim Rumah Pertamaku?Lain-lain19.09.2019
Tuan/Puan Apakah perbezaan perkataan BAHARU dan BARU? Sebagai contoh:- Pelajar baharu atau pelajar baru Silabus baharu atau silabus baru Skim Pemarkahan baharu atau Skim Pemarkahan baru Terima kasih di atas perhatian tuan/puanKamus Dewan memberi makna baharu sama dengan baru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsi kedua-dua kata tersebut. Baharu ialah kata adjektif yang lazim kita temui dalam ayat rumah baharu dan pelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu seperti dalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untuk golongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduan yang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan kerana Kamus Dewan lebih kepada mengungkapkan makna sesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa.Tatabahasa29.01.2013
maksud atau definasi 'skim'Kamus Dewan menakrifkan skim sebagai rancangan.Makna29.07.2009
Bolehkah perkataan "skim coat" diterjemah kepada salutansiring/siring sadur?Kami mencadangkan skim coat diterjemahkan sebagai "lapisan nipis" atau "lapisan sementara". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah26.08.2022
apa perbezaan antara Sekim dan SkimEjaan yang betul ialah skim yang membawa maksud rancangan.Ejaan22.09.2014
bolehkah perkataan "skim coat" di terjemah kepada salutan siring /siring sadur ?Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi skim coat ialah "lapisan nipis" atau "lapisan sementara" berdasarkan kesesuaian konteks ayat yang digunakan.Lain-lain29.03.2022
DBP ada skim bantuan menerbit buku dalam Bahasa Inggeris tak?Encik Salleh, berhubung pertanyaan tuan tentang adakah DBP menyediakan skim penerbitan buku dalam bahasa Inggeris, tuan boleh berurusan dengan Encik Mohd Fesal bin Mohamad, Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan DBP melalui talian 03-21479496 bagi mendapatkan maklumat yang lengkap dan tepat.

sekian.
Lain-lain16.01.2018
permohonan semakan cadangan nama skim pembangunan mengandungi sebuah hotel (122 bilik) dan kemudahan hotel serta 12 unit kedai 2 tingkat dan 4 unit kedai 3 tingkat di atas lot 3543 Sungai Siput U, perak. Pemaju adalah Kumpulan MH Sdn. Bhd. Cadangan nama skim yang diberikan adalah MH SENTRAL, dengan mengambilkira nama syarikat iaitu MH. Dimaklumkan pembangunan terletak di pinggir jalan besar dan berhampiran dengan Pekan Sungai Siput U. Sehubungan dengan itu mohon ulasan dan pandangan terhadap cadangan nama skim iatu MH SENTRAL. Sekian, Terima Kasih MOHD NORULAMIN BIN AHMADMengikut struktur bahasa Melayu, penamaan yang betul ialah Sentral MH, bukan MH Sntral. Untuk pengesahan iklan dan penamaan bangunan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain02.07.2012
ADAKAH PERKATAAN RESIDENSI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK NAMA SKIM PEMBANGUNAN, BANGUNAN DAN TAMAN?Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk nama skim pembangunan, penamaan bangunan atau taman sahaja. Penggunaan perkataan ‘kediaman’ perlu digunakan untuk merujuk kata am, contoh dalam ayat: Pemaju membina banyak kediaman di kawasan bukit (betul). Ayat Pemaju membina banyak residensi di kawasan bukit (salah).Istilah07.03.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

Salam sejahtera,

Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

       pengurusan tanah.

Terima kasih.

 

Lain-lain08.10.2008
12345

Kembali ke atas