Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skru] | سکرو

Definisi : sj pasak atau paku besi yg berbenang atau beralur badannya (yg diputar utk memasang); ~ gila skru yg tidak sekata benangnya (alur­nya); menskru 1. memasang skru; 2. membuat benang atau alur pd batang besi supaya men­jadi skru, membuat skru; menskrukan memasang (melekatkan dll) sesuatu dgn skru; penskru alat utk membuat (membenang) skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skru] | سکرو

Definisi : paku besi yg beralur batangnya dan dimasukkan ke dlm kayu dll dgn memutarkannya. berskru meng­gunakan atau mempunyai skru. menskru memasang (menggunakan) skru pd; melekatkan sesuatu dgn skru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKRU ARCHIMEDES

Skru Archimedes ialah alat untuk menaikkan

air. Ia terdiri daripada skru atau susunan bilah yang

dilekatkan pada bahagian dalam silinder. Hujung

bawah diletakkan di dalam air. Hujung atas

mempunyai engkol yang memutarkan silinder.

Benang skru atau bilahnya dengan perlahan

menaikkan air sehingga ia mengalir keluar dari

hujung atas. Alat ini digunakan di Lembah Sungai

Nil untuk menyalirkan atau mengairkan tanah.

Sesetengah sarjana percaya bahawa ia telah direka

oleh ahli matematik Yunani purba, iaitu Archimedes.

Lihat juga Archimedes (Rekaannya); Rekaan

(Yunani Purba).

UMUM 
SKRU

Skru ialah satah condong yang berpilin di

sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada enam

mesin ringkas yang dicipta pada zaman purba. Lima

lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah

condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas).

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
ALAT MENGUJUT

Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia

pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam

upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan

menempatkan pesalah di atas kerusi dan

memasang alat mengujut di lehernya. Alat

mengujut yang dipasang pada tiang besi yang

terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat

dengan menggunakan skru sehingga pesalah

lemas.

UMUM 
GUGUS KONSONAN

Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik; pr dalam kata protes; skr dalam kata skru; dan str dalam kata strategi.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas