Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skuasy] | سکواش

Definisi : sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skuasy] | سکواش

Definisi : minuman yg diperbuat drpd jus buah­buahan yg ditambah air atau gula: ~ oren; ~ lemon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skuasy] | سکواش

Definisi : sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skuasy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan di talian. Saya ingin tahu bagaimana perkataan skuasy dipenggalkan mengikut suku kata, sama ada (skuasy) atau (sku / asy)?Yang sebetulnya ialah (skuasy).Ejaan12.04.2013
"Kedua-dua orang pemain skuasy itu dijangka bertemu di perlawanan akhir." Adakah penggunaan kata sendi nama 'di' dalam ayat tersebut betul? Atau kata sendi nama 'dalam' atau 'pada' yang paling tepat digunakan dalam ayat tersebut? Sekian, terima kasih.Pada perlawanan akhir. Pada digunakan untuk merujuk masa.Tatabahasa27.11.2012
Kesalahan bahasa dalam ayat berikut: 1. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara. 2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handa sejak dari bangku sekolah lagi.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah:
1. Kerajaan merayu rakyat berkorban bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
2. Datuk Nicol telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak bangku sekolah lagi.
Tatabahasa05.07.2013
Adakah lama web PRPM mempunyai fungsi mencari kata melalui suku kata akhir? Saya ingin mencari perkataan yang berakhir dengan 'sy' (skuasy, Arasy).Untuk makluman tuan, setakat hari ini, PRPM belum mempunyai fungsi carian melalui suku kata akhir.Tatabahasa27.11.2017
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang?Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut:
(fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang).
Tatabahasa19.04.2013

Kembali ke atas