Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[skuasy] | سکواش

Definisi : sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skuasy] | سکواش

Definisi : minuman yg diperbuat drpd jus buah­buahan yg ditambah air atau gula: ~ oren; ~ lemon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[skuasy] | سکواش

Definisi : sj permainan memukul bola ke dinding dgn raket (dimainkan di dlm gelanggang yg berdinding). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata skuasy


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM 
DEVOY, SUSAN

Devoy, Susan (1964– ) ialah juara skuasy

wanita New Zealand, dan bertaraf pemain utama

dunia pada pertengahan tahun 1980-an.

UMUM 
NICOL ANN DAVID, DATUK

Nicol Ann David (1983-  ) ialah ratu skuasy kebangsaan dan pemain nombor satu dunia.

SUKANTokoh

Kembali ke atas