Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sla.nga] | سلاڠا

Definisi : kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata slanga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud 'bahasa' dan 'slanga' menurut kamus dewan edisi keempat? Apakah maksud bahasa slanga menuruyt kamus dewan keempat?Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg digunakan sbg alat perhubungan dlm sesuatu kelompok manusia utk melahirkan perasaan dan fikiran dan slanga ialah slanga kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).Makna15.08.2014
apakah definisi slanga? apakah contoh-contoh slanga

Saudara,

Perkataan slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dsb) yg tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan dlm percakapan tidak rasmi).  Contohnya, cun,awek.

Makna29.08.2009
adakah dbp ada menerbitkan buku atau artikel tantang bahasa slanga?Slanga ialah kata-kata(ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Oleh yang demikian tidak ada penerbitan bagi tajuk ini. Walau bagaimanapun saudara boleh melayari Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu untuk merujuk makalah atau artikel tentang ini.    Lain-lain12.03.2008
1. Adakah Bahasa Slanga pada satu masa nanti mungkin akan menjadi sebahagian daripada Bahasa Standard? 2. Apakah perbezaannya antara Bahasa Slanga dan Bahasa SMS? Bukankah penggunaan Bahasa Slanga juga boleh di kesan dalam Bahasa SMS?Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku. Sesuatu kata slanga itu sekiranya diputuskan oleh pakar-pakar bahasa boleh dijadikan bahasa standard (berdasarkan peruntukan tertentu). Bahas SMS pula ialah kata-kata yang digunakan oleh pengguna telefon bimbit atau lain-lain bagi menyampaikan maksud secara ringkas melalui medium tulisan. Bezanya dengan bahasa slanga ialah kata-katanya boleh secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut, sila kemukakan soalan ini kepada pakar-pakar bahasa di pusat pengajian tinggi.Makna11.03.2007
Salam sejahtera, Mengenai slanga, adakah bahasa kependekan (bp), tergulung di dalam kategori ini? Bolehkan, ni (ini), tu (itu) dll dianggap sebagai slanga? Bagaimana pula dengan perkataan okey? Adakah ianya dianggap sebagai slanga? Saya juga ingin tahu sama ada perkataan slanga, apabila digunakan dengan partikel "lah", perlukah ia disambungkan? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).

Ni, tu dan okey dianggap sebagai slanga kerana hanya digunakan dalam bahasa percakapan tidak rasmi. Okey dalam bahasa rasmi ditulis baiklah.

Bagi semua perkataan yang ditulis dengan partikel “lah”, hendaklah dieja bersambung (nilah, tulah). Walau bagaimanapun, ayat yang gramatis ialah inilah dan itulah.


Istilah17.04.2020
APAKAH ITU BAHASA SLANGA ?Bahasa slanga ialah kata-kata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi).Makna12.01.2007
Selamat sejahtera, 1.Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "slanga"? 2.Apakah pemenggalan ejaan bagi perkataan "menyikat"? Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 2134 dan 2100), pemenggalan suku kata 'slanga' dan 'menyikat' adalah seperti yang berikut:
1. slanga [sla.nga]
2. menyikat [me.nyi.kat]

Pemenggalan kata ini selaras mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) (DBP: 2001).
Lain-lain15.08.2022
berikan definisi bahasa slanga dari segi istilah?Bahasa slanga bermaksud kata-kata (ungkapan dsb.) yang tidak tergolong dalam bahasa baku(biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Kamus Dewan Edisis Keempat halaman 1511.Makna20.03.2008
salam.boleh tak saya mendapatkan beberapa contoh kata slanga yang bersifat kod rahsia dan jarang diketahiu umum.Maklumat yang tuan kehendaki tidak terdapat di dalam pangkalan data kami. Kajian dan pembacaan perlu dilakukan bagi mendapatkan kata slanga yang bersifat rahisa dan jarang diketahui umum.

Bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau tidak baku.
Tatabahasa18.10.2013
Apakah definisi 'bahasa slanga' mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei : 2003?Mengikut Kamus Bahasa Melayu Nusantara DBP Brunei "Bahasa Slanga "bermaksud : ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau musiman, biasanya digunakan oleh kaum remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi dalam kelompok itu sendiri.Makna13.08.2014
123456

Kembali ke atas