Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata keramat yg dijadikan pe­gangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata yg dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sbg slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
slogan (kata nama)
Bersinonim dengan cogan kata, kata-kata semboyan, kata-kata keramat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah makna slogan dan slogan terbahagi kepada berapa jenis? siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"/ perlukan jawapan segera..terima kasih.Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Makna30.01.2011
Dzufi Iszura 11.54 PAGI Dzufi Iszura Dzufi Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak bertanya komen DBP mengenai slogan-slogan kerajaan yang mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia seperti "Jangan Kawtim, Jangan Settle" atau "YouCanDuit". Ini kerana saya teringat beberapa tahun dahulu stesen tv swasta mendapat kritikan hebat dalam menamakan karnival mereka "Sure Heboh" atas sebab yang sama. Terima kasih. Dzufi Iszura Pensyarah UiTM Sarawak.Waalaikumussalam. Tuan/Puan, DBP memang tidak bersetuju dengan perbuatan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam slogan dan penamaan program. Saranan agar tidak mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam penamaan program jabatan dan kementerian telah banyak kali disebut, dan baru-baru ini telah dikemukakan lagi oleh YB Menteri Pendidikan selaku Pengerusi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dianggotai oleh 18 kementerian. DBP sentiasa berusaha memberikan nasihat dan pandangan terhadap pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik dan betul.Lain-lain08.05.2017
Assalamualaikum, Dalam surat kiriman rasmi ada slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA". Ada juga jabatan lain memasukkan slogan jabatan mereka sendiri atau memeasukkan juga tema Hari Kebangsaan "SEHATI SEJIWA". Soalannya, yang manakah perlu ditulis dahulu? BUN atau slogan jabatan sendiri atau tema Hari Kebangsaan? Terima kasihDalam surat kirirman rasmi, slogan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" diletakkan di bahagian atas, slogan-slogan lain diletakkan selepasnya, seperti:
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
"SLOGAN JABATAN"
"SLOGAN HARI KEBANGSAAN/KEMPEN SEMASA"
Tatabahasa17.11.2015
siapakah pencipta slogan "bahasa jiwa bangsa"? siapakah pencipta slogan "negara bersih rakyat sihat"?Pencipta slogan DBP 'Bahasa Jiwa Bangsa' ialah Dol Ramli. Walau bagaimanpun kami tidak ada maklumat berkaitan slogan kementerian/jabatan/agensi kerajaan lain termasuklah slogan 'Negara Bersih Rakyat Sihat'. Lain-lain30.01.2011
Slogan mana yang betul penggunaan perkataannya ? i) Integriti sifar rasuah atau ii) Integriti menuju sifar rasuah Terima kasihPada pandangan kami, “Integriti Menuju Sifar Rasuah” lebih sesuai digunakan. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.06.2017
Apakah Perbezaan antara slogan dan tema. Mohon contoh sekali.Dalam kamus Dewan, slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sebagai slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ Hidup Melayu.

Manakala tema (téma) ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu pembicaraan, wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan memang telah banyak dijadikan ~ dalam kesusasteraan; bertemakan memakai sesuatu sebagai tema, berdasarkan tema (yang tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan.

Tatabahasa11.09.2013
Saya mohon pakar bahasa DBP bantu saya menyemak ketepatan istilah dan struktur bahasa yang digunakan di dalam slogan universiti. Disertakan cadangan slogan tersebut: UiTM, Globally Renowned: Community and Locally Rooted (English Version) UiTM, Terkemuka Dunia: Berakar Tempatan dan Masyarakat Mohon pihak tuan/puan bantu berikan cadangan slogan yang lebih sesuai dan menarik.

Sekiranya bersesuaian dengan konteks yang digunakan, kami mencadangkan padanan bagi slogan UiTM, Globally Renowned: Community and Locally Rooted dalam bahasa Melayu ialah UiTM, Gah di Mata Dunia: Bertunjangkan Masyarakat dan Identiti Tempatan.

Penyemakan dan penterjemahan12.01.2024
tema /téma/ bertemakan menggunakan sesuatu (rangkaian kata dsb) sbg tema: Hari Kebangsaan 1984 ~ Amanah Asas Kejayaan . slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. Mohon pencerahan kerana saya keliru perbezaan antara tema dan slogan kata. Mengikut kefahaman saya "Amanah Asas Kejayaan" adalah slogan kata bukannya tema. Ini kerana saya merujuk kepada maksud tema adalah dasar cerita yg dipercakapkan; perkara yg dijadikan dasar sesuatu cerita, pembicaraan dll.Ungkapan ringkas seperi Amanah Asas Kejayaan merupakan slogan kerana slogan ialah kata-kata keramat yang dijadikan pegangan sesuatu organisasi. Walau bagaimanapun tidak salah juga untuk kita menyebutnya sebagai tema kerana tema ialah subjek yang menjadi dasar sesuatu perbincangan. Contohnya, ungkapan 1 bangsa, 1 bahasa, 1 Negara diangkat sebagai tema hari kebangsaan kerana subjek tersebut yang menjadi dasar dalam perbincangan tentang hari kebangsaan. Dalam konteks yang lain seperti tema sesebuah filem atau cerita tidaklah boleh disamakan dengan slogan.Tatabahasa28.02.2014
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat?Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja.  Makna13.01.2011
Bagaimanakan cara penulisan yang betul untuk slogan organisasi. Perlu ada jarak atau tidak antara 2 slogan? Cth "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" atau "MALAYSIA MADANI" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"Slogan dalam surat rasmi ditulis secara dua baris seperti yang berikut:

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Lain-lain01.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas