Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata keramat yg dijadikan pe­gangan (panduan, dll) sesuatu organisasi (kempen dsb), cogan kata, kata semboyan: beramai-ramailah mereka tumpang sama meneriakkan ~, meneriakkan merdeka; berslogankan menggunakan (sesuatu) sbg slogan: pertubuhan itu ~‘Seni Untuk Seni’. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[slo.gan] | سلوݢن

Definisi : kata-kata yg dijadikan pegangan (panduan dsb) sesuatu pertubuhan, kempen dsb; cogan kata. berslogan mempunyai slogan. berslogan­kan mempunyai sesuatu sbg slogan; ber­cogan­katakan: Perjuangan mereka ~ “Hidup Melayu”. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
slogan (kata nama)
Bersinonim dengan cogan kata, kata-kata semboyan, kata-kata keramat.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
slogancogan kata/sloganSosiologiTiadaTiada
slogancogan kata/sloganUndang-undangTiadaTiada
slogan sleeveplat cogan kataPentadbiran PerniagaanTiadaKepingan logam berbentuk separuh silinder yang mengandungi cogan kata yang dipasang pada mesin pembatal setem untuk diterakan pada benda pos.
slogancogan kataKomunikasiTiadaFrasa yang mudah diingat dan mempunyai maksud tertentu yang digunakan untuk mengiklan atau menyatakan tujuan sesuatu organisasi.
slogan postmarkscap pos sloganPentadbiran PerniagaanTiadaCap pos yang menggunakan cogan kata misalnya seperti yang dikeluarkan oleh Great Britain pada tahun 1928 yang bercogan kata 'British Industris Fair'.
black powerkuasa kulit hitamSains PolitikPolitik PerbandinganSlogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X.
advertising slogancogan kata iklanKomunikasiTiadaTiada
publicity slogancogan kata serantaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
advertising slogancogan kata iklanPentadbiran PerniagaanTiadaKlise atau ungkapan yang disesuaikan, umumnya pada mesin setem yang digunakan untuk mencetak ungkapan yang mempunyai ciri-ciri iklan, propaganda dan lain-lain.
taglineslogan iklanKomunikasi MassaTiadaKata-kata atau frasa yang indah dan menarik untuk menerangkan konsep sesuatu jenama, produk dan sebagainya.
123

Kembali ke atas