Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (fml & derog) laziness, kemalasan: she must overcome her ~, dia mesti mengatasi kemalasannya; 2. Central and South American arboreal mammal, sloth. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sloth


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SLOTH TANAH

Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah

pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar

kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar

gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat

dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa

sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki

belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang

tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak

seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok.

UMUM 
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM 
POTTO

Potto ialah haiwan kecil yang hidup di bahagian

barat Afrika. Potto tergolong dalam famili haiwan

yang meliputi monyet, mawas dan manusia. Tetapi

potto kelihatan lebih mirip kepada sloth,

berbanding monyet atau mawas. Potto ialah ahli

sekumpulan haiwan yang dikenali sebagai lemur

lembap atau loris .

UMUM 

Kembali ke atas